awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot bawa pelajar ahli MPP UMS karam, seorang maut

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2017
12:34 MYT
Bot bawa pelajar ahli MPP UMS karam, seorang maut
Mangsa Nurnasibah Ibrahim, 21, berasal dari Kampung Alor Pasir Kota Bharu meninggal dunia di tempat kejadian. - Facebook.com / Sukri Hj Yunus
Seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar MPP dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas bot yang dinaiki terbalik dalam kejadian 12.15 tengahari tadi.
Mangsa Nurnasibah Ibrahim, 21, berasal dari Kampung Alor Pasir, Kota Bharu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Besut Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan selepas dipukul ombak lalu terbalik pada jarak satu kilometer dari Jeti Kuala Besut.
Bot berkenaan membawa 15 ahli MPP universiti itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian.
Menurut Mohd Zamri, kesemua 60 ahli MPP dari 20 universiti tempatan menginap di Universiti Malaysia Kelantan bagi program kepimpinan pelajar sebelum ke Pulau Perhentian.
“Program terakhir mereka adalah di Pulau Perhentian, mereka telah menginap satu malam di sana.
“Dalam perjalanan balik itu didapati berlaku masalah teknikal pada bot menyebabkan bot terbalik dan kesemua pelajar yang berada di atas bot tercampak keluar daripada bot,” katanya.
Dalam kejadian itu enam pelajar lain cedera ringan termasuk seorang patah tangan manakala yang lain selamat.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kuala Besut
#meninggal dunia
#Mohd Zamri Mohd Rowi
#Nurnasibah Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan