awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot Karam di Mukah: Dua disahkan maut, lapan selamat seorang masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2022
06:20 MYT
Bot Karam di Mukah: Dua disahkan maut, lapan selamat seorang masih hilang
Operasi Mencari dan Menyelamt (SAR) masih lagi mengesan seorang lagi mangsa yang hilang. - Maritim Malaysia
MUKAH: Dua maut manakala seorang masih hilang selepas bot dinaiki 11 individu karam di perairan Mukah pada Rabu.
Penolong Pengarah Kanan Unit Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurrul Elmi Ali berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu ditemukan pada pagi Khamis.
Menurutnya, sementara lapan lagi kru bot ditemukan selamat pagi ini di sekitar bot tersebut karam.
"Setakat ini kita sedang buat penerimaan enam kali mangsa selamat yang mana telah ditemui pada pagi ini oleh beberapa aset cari lamat dan persatuan memancing.
"Manakala untuk pagi ini kita menemui dua mayat di sekitar lokasi bot dilaporkan karam. sehingga saat ini, yang kita cari 11, 1 tekong, dua kru lapan pemancing dan hasil pencarian kita menemuai 10 orang dan satu masih hilang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Laporan awal menyebut, bot memancing itu telah keluar pada 19 September lalu bersama 11 penumpang termasuk tekong dan dua kru.
Bot itu bagaimanapun berdepan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 Batu Nautika dari Barat Laut Mukah sebelum karam pada jam 8.30 malam.
Dua daripada mangsa ditemukan hanyut di perairan Mukah sekitar jam 5 petang Rabu oleh sebuah kapal tunda dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Mukah
#pemancing karam
#masalah enjin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan