awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam di perairan Mukah: Seorang maut, lapan hilang, dua selamat

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
22/09/2022
03:30 MYT
Bot karam di perairan Mukah: Seorang maut, lapan hilang, dua selamat
Bot memancing ini berdepan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah, pada kira-kira 8.30 malam Selasa lalu. - Foto MRSC APMM Sarawak
MUKAH: Seorang maut manakala lapan yang lain masih hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Mukah pada Selasa.
Menurut maklumat awal Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC APMM) Kuching, insiden tersebut membabitkan bot dengan nombor pendaftaran SF2-2837.
Laporan awal itu menyebut, bot memancing tersebut telah keluar pada Isnin (19 Sept) bersama-sama 11 penumpang, termasuk tekong dan dua kru.
Ia bagaimanapun berhadapan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah, kira-kira 8.30 malam pada Selasa.
Dua mangsa yang selamat ditemui hanyut di perairan Mukah, sekitar jam 5 petang semalam, oleh sebuah kru kapal tunda Capella yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching.
Sementara itu, sekitar jam 10.40 pagi ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat seorang mangsa tidak jauh dari lokasi terakhir bot dilaporkan tenggelam.
MRSC di Kuching dalam satu kenyataan ringkas berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut dan perkembangan terkini akan dikemas kini.
[TERKINI] Bot Karam | Seorang maut, lapan masih hilang
Topic Berkaitan
#bot karam
#masalah enjin
#perairan Mukah
#MRSC APMM Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan