awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2022
10:02 MYT
Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'
Bot yang dinaiki enam nelayan termasuk tekong yang dilaporkan karam di perairan Pulau Redang. - Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Saludin)
KUALA TERENGGANU: Abang kepada tekong bot nelayan yang karam dalam kejadian di perairan Pulau Redang pada malam Isnin lalu hiba kerana tidak menyangka hanya bertemu jenazah adiknya selepas seminggu tidak bersua.
Ramli Ismail, 52, berkata, jenazah adiknya, Saludin Ismail, 50, ditemui oleh pasukan penyelamat di sekitar perairan Pulau Redang kira-kira jam 11 pagi, pada Rabu.
"Rasa terkilan kerana seminggu sebelum tragedi ini saya tak sempat bertemu dengan adik saya memandangkan masing-masing sibuk bekerja dan jarak antara rumah kami agak jauh.
"Tak sangka yang saya jumpa hari ini hanyalah jenazah. Sekarang kami sekeluarga ada bersama jenazah yang akan dibawa ke daratan di Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Menurut Ramli, khabar duka mengenai tragedi menimpa adiknya diterima pada jam 6.30 petang pada Selasa. Katanya, dia difahamkan adiknya bersama lima lagi nelayan turun ke laut untuk memasang bubu bagi menangkap ikan kerisi.
"Kelmarin (Selasa) ada orang datang ke rumah beritahu bot yang dinaiki adik saya telah tenggelam.
"Bila dapat khabar itu, hari ini kami sekeluarga termasuk isteri dan anak-anak adik saya ke Pulau Redang dari Jeti Tok Bali," katanya.
Empat lagi mangsa turut dikhuatiri lemas iaitu Zulkifli Umar, 48; Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49; Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Mohd Nazri Abu Bakar.
Difahamkan, setakat ini tiga daripada lima mangsa telah ditemui. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#Pulau Redang
#lemas
#jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan