awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam Pulau Nunuyan: Mayat kanak-kanak perempuan dijumpai

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/03/2019
06:22 MYT
Bot karam Pulau Nunuyan: Mayat kanak-kanak perempuan dijumpai
Mayat kanak-kanak perempuan yang ditemukan terapung berdekatan perairan Tanjung Pasir dan Mumiang. -Foto Maritim Malaysia
Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mangsa bot pancung terbalik ditemukan terapung berdekatan perairan Tanjung Pasir dan Mumiang.
Maritim Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang nelayan yang menemui mayat terapung di kawasan tersebut.
"Sebuah bot digerakkan untuk mengambil mayat berkenaan di lokasi lebih kurang 2.7 batu nautika Utara Sungai Bungon.
"Mayat berkenaan dibawa ke jeti untuk tindakan lanjut dan mayat itu dipercayai merupakan kanak-kanak perempuan mangsa lemas Nidzma Herman berusia 10 tahun, warga Filipina," katanya.
Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis lalu, sebuah bot pancung membawa 11 individu dari Pulau Taganak, Filipina menuju ke Sandakan dilaporkan terbalik.
Lima mangsa berpaut pada bot ditemui selamat, manakala enam hilang sebelum dua mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari pertama dan kedua operasi.
Setakat ini, dua mangsa iaitu bayi perempuan setahun enam bulan dan seorang lelaki dewasa dilaporkan masih hilang.
Topic Berkaitan
#bayi perempuan
#kanak-kanak perempuan
#mangsa bot pancung terbalik
#Mumiang
#Nidzma Herman
#perairan Tanjung Pasir
#Sungai Bungon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan