awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam: Seorang dikhuatiri hilang, 10 yang lain selamat

Bernama
Bernama
06/05/2017
23:50 MYT
Bot karam: Seorang dikhuatiri hilang, 10 yang lain selamat
Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menerima bantuan air minuman dalam botol daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pekan Kabong. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama 10 penduduk kampung karam selepas dipukul ombak besar di muara Sungai Krian berdekatan Kampung Paloh pada 12.30 tengah hari semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Kho Boo Jang berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Abang Madehan Abang Awi, 43.
Katanya kesemua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menerima bantuan air minuman dalam botol daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pekan Kabong, berikutan kampung mereka terputus bekalan air bersih selepas dilanda kemarau.
"Kami dimaklumkan semasa kejadian itu, keadaan cuaca hujan lebat dan ombak besar. Sebaik sahaja tiba di perairan muara sungai itu, bot karam dipukul ombak," kata Kho semasa dihubungi Bernama.
Menurutnya, seorang daripada mangsa yang terselamat, merupakan anggota bomba yang merupakan penduduk kampung itu, telah membuat panggilan kecemasan ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, yang kemudian memanjangkannya ke Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.
Kho berkata pasukan mencari dan menyelamat yang turut dibantu penduduk kampung menangguhkan operasi mencari dan menyelamat pada 7 malam tadi dan akan meneruskan operasi itu pada 7 pagi hari ini bergantung kepada cuaca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot
#bot karam
#Kampung Paloh
#karam
#lemas
#Sungai Krian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan