awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syor EAIC kes kematian dalam tahanan, draf memorandum dikemuka Disember lepas
Pelbagai kaedah pelepasan imigresen disediakan, guna MyNIISe bukan mandatori
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot lebih muatan punca dua beranak lemas di Kajang

Bernama
Bernama
02/07/2022
22:00 MYT
Bot lebih muatan punca dua beranak lemas di Kajang
Muatan berlebihan bot itu dipercayai telah menyebabkannya hilang imbangan dan terbalik. -Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Muatan pokok teratai yang berlebihan dipercayai punca bot terbalik mengakibatkan dua beranak lemas di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata muatan berlebihan bot itu dipercayai telah menyebabkannya hilang imbangan dan terbalik.
Bernama melaporkan dalam kejadian pada kira-kira 2 petang itu, bot dinaiki Mohd Adnan Johdi, 50, serta dua anak lelakinya Hakimi, 15, dan Mohamad Mustaqkim, 17, terbalik ketika mereka melakukan kerja membersihkan kolam takungan tersebut, namun Mohamad Mustaqkim terselamat.
"Mangsa yang melakukan kerja-kerja pembersihan pokok teratai di dalam tasik (kolam takungan) sejak pagi sehingga kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan Sabtu malam.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Ariffin di Balai Polis Kajang.
Mayat Mohd Adnan ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi bot mereka tenggelam pada 5.12 petang, manakala mayat Hakimi ditemukan kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian pada 6.56 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beranak lemas
#bot terbalik
#muatan pokok teratai
#Sungai Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan