awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot mewah terbakar: Seorang hilang, tiga cedera

Bernama
Bernama
16/09/2016
06:17 MYT
Bot mewah terbakar: Seorang hilang, tiga cedera
Bot mewah yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Singapura itu meletup lalu terbakar di tengah laut sebelum karam. -Gambar hiasan
Seorang penumpang hilang manakala tiga lagi cedera selepas bot mewah dinaiki mereka terbakar lalu tenggelam kira-kira 15 batu nautika barat Muka Head, perairan Pulau Pinang awal pagi tadi.
Komander Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Azman Samsuddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, bot mewah yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Singapura itu meletup lalu terbakar di tengah laut sebelum karam.
Difahamkan, bot mewah itu terbakar dipercayai akibat letupan di bahagian enjin.
Azman berkata pihaknya kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat penumpang yang hilang itu pada radius 10 batu nautika dari lokasi kejadian.
"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan masih belum menerima maklumat penuh mengenai muatan bot dan senarai penumpang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata tiga penumpang yang cedera diselamatkan oleh nelayan tempatan dan dibawa ke Kuala Kedah untuk menerima rawatan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#bot mewah
#letupan
#Muka Head
#perairan Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan