awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot pancung ditahan, dua warga asing gagal masuk Malaysia

Bernama
Bernama
05/09/2025
13:00 MYT
Bot pancung ditahan, dua warga asing gagal masuk Malaysia
Abdul Muhaimin berkata tiada kru dijumpai atas bot berkenaan, namun hasil pencarian di kawasan sekitar berjaya menemukan dua lelaki warga Indonesia berusia 22 dan 33 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah. - Gambar Maritim Malaysia
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai cuba masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah menggunakan sebuah bot pancung di Morib dekat sini, semalam.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot pancung tanpa nombor pendaftaran itu dikesan sekitar 12 tengah malam pada kedudukan 0.04 batu nautika barat daya Morib sebelum berjaya ditahan kira-kira 1.20 pagi.
Beliau berkata operasi berkenaan dilaksanakan melalui Op Khas Jalur Belakang hasil maklumat risikan dan bantuan daripada Pusat Kawalan Kawasan (ACC) Klang.
"Kira-kira 12 tengah malam, ACC mengesan sebuah bot mencurigakan sebelum bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi dan mengarahkan bot itu berhenti, namun tidak diendahkan.
"Bot terbabit terus memecut dan dikejar hampir 30 minit hingga terkandas di kawasan bakau Morib sebelum pemeriksaan dijalankan," katanya.
Abdul Muhaimin berkata tiada kru dijumpai atas bot berkenaan, namun hasil pencarian di kawasan sekitar berjaya menemukan dua lelaki warga Indonesia berusia 22 dan 33 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata kedua-dua mereka dipercayai cuba masuk ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Bot dan kedua-dua suspek dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#warga asing
#Maritim Malaysia
#dokumen pengenalan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan