awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot penyelamat terdampar di Pantai Trombol Kuching, milik kapal kargo China

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
06/01/2023
04:30 MYT
Bot penyelamat terdampar di Pantai Trombol Kuching, milik kapal kargo China
Kapal kargo daripada negara China itu dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia. - Foto APMM Sarawak
KUCHING: Kehadiran bot penyelamat berwarna jingga dengan tanda nama Bohaimingzhu 2 yang ditemui terdampar di Pantai Trombol di sini pada 4 Januari lalu masih dalam siasatan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, bot penyelamat tersebut berkemungkinan milik kapal kargo MV Lider Express.
Kapal kargo dari negara China itu dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia.
“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menerima laporan berkenaan bot penyelamat yang dijumpai oleh penduduk kampung di sekitar Pantai Trombol, Kuching pada petang, 4 Januari, Rabu lalu.
“Usaha untuk memindahkan bot penyelamat tersebut telah dilakukan oleh pihak Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang semalam, terpaksa ditangguh akibat cuaca kurang baik serta laut bergelora, dan akan diteruskan hari ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kapal kargo daripada negara China itu dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia. - Foto APMM Sarawak
Kapal kargo daripada negara China itu dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia. - Foto APMM Sarawak
Bagaimanapun, pihak Maritim Malaysia katanya masih menunggu pengesahan berkaitan kejadian tersebut daripada beberapa pihak yang terlibat.
“Bot tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air, Kuching untuk siasatan lanjut dari pihak Maritim Malaysia dan PDRM.
“Maritim Malaysia mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544,” ujarnya panjut.
Maklumat daripada penduduk kampung memberitahu semasa dijumpai bot penyelamat tersebut dalam keadaan kosong, tidak berpenumpang dan boleh diakses daripada luar.
Topic Berkaitan
#bot penyelamat
#kapal kargo
#Bohaimingzhu 2
#terdampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan