awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas jika program ‘Glamping With Pride’ diteruskan - Polis
Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di Afrika - PM Anwar

Bernama
Bernama
21/11/2025
22:00 MYT
Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di Afrika - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (kiri) menerima kunjungan hormat Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe di Johannesburg, pada Jumaat. - Gambar ihsan Pejabat Perdana Menteri
JOHANNESBURG: Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika dengan pelaburan yang signifikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pelaburan syarikat Malaysia di negara itu merangkumi sektor pembuatan pendawaian automotif, kampus Limkokwing University di Gaborone serta operasi penyelenggaraan lokomotif dan gerabak.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe.
"Beliau (Ndaba Nkosinathi Gaolathe) turut menyatakan penghargaan atas kerjasama erat menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) serta tenaga pakar Malaysia, yang membantu memperkukuh keupayaan institusi Botswana dalam agenda pertumbuhan ekonomi dan reformasi perkhidmatan awam," kata Anwar dalam satu kenyataan di sini.
Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat bersama.
"Saya turut titipkan salam kepada Presiden Duma Boko sebagai tanda persahabatan yang terus mengukuhkan hubungan Malaysia dan Botswana," kata beliau.
Kedua-dua pemimpin juga menelusuri perjalanan hubungan diplomatik yang telah terjalin lebih tiga dekad atas dasar saling percaya, hormat dan aspirasi bersama demi kemajuan rakyat kedua-dua negara, kata Anwar.
Botswana, merupakan negara yang tidak berpantai di bahagian selatan Afrika.
Ia bersempadan dengan Afrika Selatan di sebelah selatan dan tenggara, Namibia di timur, Zambia di utara dan Zimbabwe di timur laut.
Anwar kini dalam rangka lawatan ke benua Afrika dengan Afrika Selatan sebagai negara kedua sempena menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).
Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia, turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, pegawai kerajaan Malaysia serta delegasi perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Botswana
#Malaysia-Botswana
#rakan penting Malaysia
#lawatan kerja
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan