KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd mempamerkan prestasi yang lebih baik bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 apabila kembali merekodkan untung bersih sebanyak RM55.7 juta berbanding kerugian bersih RM51.8 juta yang dialaminya bagi tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan kumpulan bagi tempoh itu juga meningkat kepada RM3.68 bilion daripada RM1.89 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Selasa.
Prestasi lebih baik ini disumbangkan melalui semua segmen perniagaan di bawah kumpulan iaitu perladangan, perdagangan dan pelaburan serta farmaseutikal.
Bagi tempoh kumulatif 9 bulan berakhir 30 September 2021, Boustead merekodkan untung bersih sebanyak RM91.5 juta berbanding kerugian bersih berjumlah RM198.6 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Malah, pendapatan turut meningkat kepada RM8.35 bilion daripada RM5.65 bilion apabila semua segmen perniagaan menyumbang hasil yang lebih baik kepada kumpulan dalam tempoh berkenaan.
Ia turut didorong oleh keuntungan sekali melalui pelupusan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan pelaburan hartanah masing-masing bernilai RM84.6 juta dan RM13.1 juta.
Untuk tempoh 9 bulan itu, pendapatan bagi segmen hartanah dan perindustrian bagaimanapun susut 12% kepada RM348.8 juta daripada RM396.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu, apabila terjejas dengan kadar penghunian dan sewa yang rendah bagi pusat beli-belah dan hotel.
Segmen perladangan pula sebaliknya, mencatat pendapatan lebih tinggi berjumlah RM708.5 juta, meningkat 32% berbanding RM535.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu disebabkan harga minyak produk minyak sawit yang lebih tinggi.
Bagi segmen perindustrian berat kumpulan, ia merekodkan pendapatan berjumlah RM282.7 juta berbanding RM243.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu terutamanya disumbangkan menerusi hasil projek Littoral Mission Ship (LMS) yang lebih baik.
Dalam tempoh itu juga, pendapatan segmen farmaseutikal melonjak 2 kali ganda kepada RM4.1 bilion daripada RM2.1 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya berikutan permintaan tinggi bagi semua perniagaan konsesi, bukan konsesi dan Indonesia.
Segmen ini turut dipacu menerusi jualan vaksin COVID-19 Sinovac kepada Kementerian Kesihatan dan sektor swasta yang menjadi pemangkin utama.
Prestasi Boustead bagi tempoh itu turut disumbangkan menerusi segmen perdagangan, kewangan dan pelaburan yang mencatat pendapatan lebih tinggi sebanyak RM2.9 bilion, meningkat 21% daripada tempoh sama tahun lalu terutamanya dipacu hasil daripada Boustead Petroleum Marketing pada harga purata bahan api yang lebih tinggi.
Sejajar dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi, Boustead menjangkakan hasil yang lebih positif menerusi kesemua 5 segmen perniagaannya bagi sepanjang tahun ini di sebalik ketidaktentuan akibat kemunculan varian baharu COVID-19.
"Dipacu strategi Reinventing Boustead, kumpulan kekal teguh dalam usaha mengukuhkan kedudukan operasi dan kewangan kumpulan.
"Di bawah strategi ini, kami menyasarkan untuk mempercepatkan penciptaan nilai dengan program peningkatan prestasi, meneroka sumber pendapatan baharu, rasionalisasi aset tidak strategik dan menyertai sektor teknologi dan perkhidmatan digital," jelasnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Dec 01 2021
Boustead Holdings Bhd mempamerkan prestasi yang lebih baik bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 apabila kembali merekodkan untung bersih sebanyak RM55.7 juta. -Dagang News
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).