BEIJING: Presiden Xi Jinping berkata China akan memberi penekanan kepada lapan aspek utama untuk menggalakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.
Berucap pada majlis perasmian Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga yang diadakan di sini, pada Rabu, Xi berkata antara lapan aspek itu, termasuk China akan mempercepatkan perkembangan perkhidmatan rel kargo China-Eropah.
Selain itu, beliau berkata China akan mengambil bahagian dalam pembinaan koridor pengangkutan antarabangsa rentas Laut Caspian bagi membina rangkaian kesalinghubungan BRI tiga dimensi.
"China akan memulakan pelaksanaan projek pilot tentang kerjasama "E-dagang Jalan Sutera" dan menandatangani perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perlindungan pelaburan dengan lebih banyak negara selain memansuhkan semua sekatan ke atas akses pelaburan asing dalam sektor perkilangan.
"Bank Pembangunan China dan Bank Eksport-Import China masing-masing akan menyediakan perkhidmatan pembiayaan sebanyak RMB350 bilion (RM227 bilion) dan dana Jalan Sutera tambahan sebanyak RMB80 bilion (RM51.9 bilion) untuk menyokong projek pembinaan bersama BRI yang berorientasikan pasaran dan komersial," kata Xi.
Di samping itu, China juga akan terus menggalakkan pembangunan hijau, inovasi dalam bidang sains dan teknologi, pertukaran dalam kalangan rakyat, tadbir urus yang bersih dan penambahbaikan mekanisme kerjasama antarabangsa dalam kerangka BRI.
Xi berkata sejak sedekad lalu semua negara yang terbabit dalam pelaksanaan BRI mengekalkan aspirasi dan berganding bahu mencapai hasil memberangsangkan dalam kerjasama antarabangsa.
"Kerjasama BRI dijalankan bukan sahaja di benua Eurasia, tetapi juga di benua Afrika dan Amerika Latin.
"Lebih 150 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa telah menandatangani dokumen kerjasama BRI yang menekankan pembangunan bersama, mengadakan BRF sebanyak tiga edisi, selain mewujudkan platform kerjasama pelbagai hala dalam lebih 20 bidang profesional.
"Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, semua negara terbabit komited untuk membina koridor ekonomi dan rangkaian kesalinghubungan global yang melibatkan darat, laut, udara dan ruang siber bagi mendorong peredaran produk, modal, teknologi dan keanggotaan dari pelbagai negara," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Xi berkata sejak sedekad lalu semua negara yang terbabit dalam pelaksanaan BRI mengekalkan aspirasi dan berganding bahu mencapai hasil memberangsangkan dalam kerjasama antarabangsa. - Foto AP
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Selain gaji minimum, jurang upah pelbagai dimensi perlu diatasi - Pakar
Antaranya termasuk kesenjangan upah antara jantina, etnik, kumpulan umur, aktiviti ekonomi, dan negeri.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.
Hanya satu projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan China di Malaysia
Liew Chin Tong berkata, semua pelaburan dari China perlu lalui tapisan ketat oleh Majlis Pelaburan Negara (NIC) dan Jawatankuasa Nasional
BRI mampu realisasikan matlamat pembangunan bersama - Putin
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang diketengahkan Presiden China Xi Jinping hadir tepat pada masanya dan telah mencapai kemajuan positif, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.
BRI: Malaysia komited pastikan situasi menang-menang, projek beri faedah optimum
Malaysia komited memastikan projek infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan memberi faedah optimum kepada negara dan mampu menjadi pemangkin ekonomi untuk jangka panjang.
BRI tumpu lapan aspek ke arah pembangunan berkualiti tinggi - Presiden Xi Jinping
Presiden Xi Jinping berkata China akan memberi penekanan kepada lapan aspek utama untuk menggalakkan pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi.
Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik.
Ekonomi digital perlu jadi instrumen utama capai BRI, tingkat industri - Pakar
Ekonomi digital perlu menjadi instrumen utama dalam mencapai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China serta merangsang aktiviti industri, kata seorang pakar.
Perdagangan multilateral mainkan peranan amat penting - Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam
Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang amat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini.
Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.