awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2024
07:30 MYT
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Kemenangan itu dicatatkan Zhang dengan pukulan KO pada pusingan kelima. - Stadium astro
SEMALAM nampaknya bukan sahaja hari kemenangan besar Islam Makhachev tetapi juga hari bersejarah buat petinju dari China Zhilei Zhang apabila mampu menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
Lebih manis apabila kemenangan itu dicatatkan beliau dengan pukulan KO pada pusingan kelima.
Namun aksi yang berlangsung di Arena Riyadh itu pada awalnya berlangsung agak seimbang apabila kedua-dua mereka saling melepaskan tumbukan yang agak nagresif dalam setiap pusingan yang diharungi.
Sehinggalah pada pusingan kelima, Zhang agak bernasib baik apabila satu tumbukannya yang tepat ke muka Wilder menyaksikan lawanya itu agak pening dah gagal mengawal keseimbangan badan sebelum ia disusuli dengan satu lagi tumbukan padu yang singgah ke mukanya yang menyaksikan Wilder langsung tersungkur di lantai gelanggang.
Wilder masih lagi mampu bangkit pada kiraan kelapan namun pengadil memutuskan beliau tidak lagi layak meneruskan perlawanan disebabkan keadaanya yang kelihatan sudah tidak lagi stabil atau cergas meneruskannya.
Kemenangan ke atas Wilder ini cukup bermakna buat Zhang terpaksa menerima kekalahan sebelum ini di tangan Fllip Hrgovic dan Joseph Parker.
Malah beliau juga berharap dengan kejayaan ke atas Wilder akan memberikan peluang yang lebih besar buatnya untuk melakarkan kejayaan selepas ini.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#tinju heavyweight dunia
#peninju China
#Zhilei Zhang
#Deontay Wilder
#pukulan KO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan