awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia

Bernama
Bernama
15/05/2024
14:21 MYT
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Inisiatif itu akan membolehkan lebih ramai rakyat Namibia menjadi pengedar buah-buahan dan produk makanan tempatan Malaysia serta membolehkan mereka menikmati buah-buahan Malaysia. - Facebook/Bernama
KUALA LUMPUR: Promosi Buah-Buahan dan Makanan Malaysia yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia pada Rabu menandakan penampilan pertama buah-buahan Malaysia di pasaran Namibia.
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali kepada lebih daripada 200 tetamu termasuk usahawan, peniaga runcit, diplomat dan penduduk tempatan untuk dinikmati.
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dalam satu kenyataan berkata inisiatif itu akan membolehkan lebih ramai rakyat Namibia menjadi pengedar buah-buahan dan produk makanan tempatan Malaysia serta membolehkan mereka menikmati buah-buahan Malaysia.
"Pengenalan awal buah-buahan kami, walaupun dalam kuantiti yang kecil, mewakili langkah penting untuk memasuki pasaran Namibia dan berpotensi ke pasaran-pasaran Afrika yang berhampiran," katanya.
Mohamad Rameez menyatakan bahawa perbincangan sedang diadakan dengan pihak berkuasa pertanian negara ini dan pengedar yang berminat untuk membawa masuk buah-buahan lain dalam bentuk segar -- termasuk durian.
Acara sepanjang hari itu dianjurkan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Malaysia dan menarik pengedar-pengedar tempatan terkemuka seperti SAPAR, Shoprite, dan Pick and Pay Namibia.
Selain daripada pameran buah-buahan, acara ini juga menyajikan masakan tradisional Malaysia yang disediakan menggunakan buah-buahan sumbangan FAMA oleh Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan) Namibia.
Para hadirin menikmati pelbagai hidangan termasuk bubur manis, pengat nangka, salad tomato buah limau bali, mangga dan nasi himpit, pajeri nanas, dan petis buah jambu, disempurnakan dengan hidangan kegemaran Malaysia seperti rendang ayam dan mi goreng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buah buahan malaysia
#namibia
#promosi
#harum manis
#nangka
#makanan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan