Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia melihat 'negara sebenar' yang dibina atas perkongsian Barisan Nasional (BN) dan rakyat dan meletakkan amanah mereka sekali lagi kepada gabungan itu.
Dalam perutusannya berjudul 'The Right Choice to Make Great' (Pilihan Tepat Untuk Malaysia Yang Hebat) yang disiarkan diblognya, NajibRazak.com menjelang Pilihan Raya Umum, Rabu ini, Perdana Menteri berkata BN tidak pernah menghadapi pilihan raya yang dicemari taktik kotor secara terbuka diguna pakai tanpa rasa malu oleh pembangkang.
"Bayangkan negara di tangan mereka; sekumpulan orang yang telah menghabiskan seluruh hidup mereka dengan menyerang dan membenci antara satu sama lain... yang masih belum bersepakat mengenai asas-asas dalam dasar serta satu-satu alasan untuk bersatu untuk berkuasa demi kepentingan diri masing-masing.
"Jadi saya meminta anda semua untuk tidak mengambil risiko itu, sebaliknya mengenang pencapaian kita bersama selama ini serta tahap pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.
"Saya berjanji bahawa jika anda meletakkan kepercayaan kepada Barisan Nasional sekali lagi, kami akan meneruskan usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat dan secara bersama akan terus membina negara ini. Marilah kita bersatu untuk Malaysia yang lebih hebat," katanya.
Najib juga turut melahirkan rasa sedih bahawa pilihan raya ini disaingi dalam keadaan malang dengan dakwaan palsu pembangkang kononnya Malaysia menggadai kedaulatan negara kepada China.
"Misalnya, kini mereka mengancam untuk membatalkan projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL). Jika mereka membatalkan projek yang mewujudkan 86,000 peluang pekerjaan maka apa yang akan berlaku kepada generasi muda di negeri-negeri itu," katanya.
Perdana Menteri berkata ECRL adalah contoh pelaburan utama yang kerajaan berusaha keras untuk mendapatnya dan sekiranya kita memutus untuk membatalkanya, maka China akan berhenti membeli minyak sawit daripada kita, sekali gus menjejaskan pekebun kecil Felda.
Beliau juga berkata pembangkang turut memutarbelitkan kejayaan yang dicapai secara bersama oleh rakyat Malaysia di bawah BN dan membohongi rakyat mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), wang yang disalurkan terus kepada rakyat Malaysia menerusi program-program yang disasarkan dengan teliti dan kepada mereka yang paling memerlukan.
Menurutnya, ia lebih baik daripada menyediakan subsidi yang memanfaatkan jutawan segera yang mempersendakan penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Malaysia yang mereka gambarkan adalah realiti alternatif kepada negara yang berwibawa, harmoni yang mana kerajaan ini serta rakyat yang bekerja keras untuk membinanya.
"Ini adalah Malaysia yang diiktiraf oleh Bank Dunia dan institusi antarabangsa lain dalam laporan mereka.
"Ini Malaysia yang menyaksikan delegasi kerajaan menerima sambutan tertinggi dari Washington dan London ke Beijing, New Delhi dan Riyadh. Inilah Malaysia yang menjadikan Penjaga Dua Kota Suci memilih negara ini untuk menubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman. Hakikatnya, kedudukan Malaysia di dunia tidak pernah lebih tinggi seperti sebelum ini. Tetapi anda tidak akan mendengar apa-apa mengenainya daripada pembangkang," katanya.
Najib juga merujuk nasihat perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepada rakyat bahawa adalah tidak bijak untuk memilih pemimpin yang 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.
"Pak Lah (Abdullah) berkata bahawa orang dengan ideologi berbeza dan bertentangan jika bergabung hanya untuk merebut kuasa adalah tidak baik untuk negara.
"Ini kisah sebenarnya dengan pembangkang... hampir tidak boleh berhenti menikam di belakang walaupun sebelum pilihan raya dan pernah menikam di belakang ketika memenangi kuasa di peringkat negeri sebelum ini," kata Najib.
Beliau turut mempersoalkan sama ada DAP akan membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun untuk menjadi perdana menteri sekali lagi dan mengambil risiko memberi kuasa kepada orang yang memenjarakan ramai daripada mereka semasa pentadbirannya.
"Jangan terpedaya sama ada dengan linangan air mata dan dakwaan sabotaj mahupun pembunuhan. Mengelar diri sebagai bekas diktator, beliau tidak akan berubah. Beliau memohon maaf secara ikhlas tanpa apa-apa. Pada hakikatnya, beliau cuba memperalatkan bekas rakan-rakan sekutunya sama seperti mereka cuba memperalatkannya.
"Kemunafikan mereka amat menakjubkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Najib berkata, parti pembangkang hampir tidak boleh berhenti menikam dari belakang walaupun sebelum pilihan raya. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.