KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk meluluskan tuntutan bayaran pembelian pukat dan racun serangga palsu.

Majistret Yuhanis Mohd Roslan mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia awal 50-an itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Semalam, Bernama melaporkan SPRM menahan suspek yang didakwa menyalahgunakan jawatan untuk melakukan kesalahan itu dan dia dikatakan mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.

Suspek disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan perbuatan itu dilakukan sejak 2018.

-- BERNAMA