awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya tembaga: Perhilitan Terengganu larang orang ramai masuk ke kawasan lombong tinggal

Bernama
Bernama
24/05/2021
05:53 MYT
Buaya tembaga: Perhilitan Terengganu larang orang ramai masuk ke kawasan lombong tinggal
Orang ramai diharap dapat mematuhi arahan tersebut dan tidak lagi masuk ke kawasan itu untuk memberi makan kepada buaya tembaga berusia kira-kira enam tahun yang digelar 'Mamat'. - Foto: Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dilarang masuk ke kawasan lombong tinggal di Kuala Nerus di sini yang menjadi habitat seekor buaya tembaga.
Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusuf berkata, pihaknya telah memasang papan tanda larangan dan tali penghadang sejak semalam bagi memastikan orang ramai tidak mengganggu perangkap buaya yang dipasang Perhilitan Terengganu.
"Sehubungan itu, orang ramai diharap dapat mematuhi arahan tersebut dan tidak lagi masuk ke kawasan itu untuk memberi makan kepada buaya tembaga berusia kira-kira enam tahun yang digelar 'Mamat'.
"Satu perangkap telah dipasang di kawasan lombong tinggal itu dan kita berharap reptilia itu akan dapat dipindahkan ke habitat lain yang lebih sesuai," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sejak menerima aduan lisan dari penduduk mengenai kemunculan semula buaya tembaga itu pada 20 Mei lepas, pemantauan yang dilakukan gagal mengesan kelibat buaya tersebut.
Kisah Mamat yang dikatakan tersesat di lombong tinggal itu bukanlah perkara baharu bagi penduduk Terengganu kerana ia mula tular pada 2016 apabila penduduk setempat sering memberi reptilia itu makanan.
Reptilia itu hanya berukuran satu meter ketika ditemukan penduduk dan ia tidak bertindak agresif menyebabkan ramai yang datang ke kawasan lombong untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Pada tahun 2019, Perhilitan Terengganu telah memasang perangkap namun Mamat gagal dikesan sehingga ia dikatakan muncul semula, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Dr Abdul Malek berkata beliau turut membuat satu laporan polis untuk menghalang orang ramai mengganggu atau merosakkan perangkap yang telah dipasang Perhilitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya tembaga
#lombong tinggal
#Kuala Nerus
#Perhilitan
#terengganu
#Orang ramai
#perangkap buaya
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan