awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 4 tahun maut kereta dipandu ibu diseret treler

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
12/05/2022
04:24 MYT
Budak 4 tahun maut kereta dipandu ibu diseret treler
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala ibu serta kakaknya cedera dalam nahas dengan sebuah treler di Kilometer 54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pada Rabu. -Foto Sinar Harian
MACHANG: Seorang kanak kanak perempuan berusia 4 tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu serta kakaknya dirempuh dan diseret oleh sebuah treler dalam kejadian di kilometer 54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran kampung Pek, di sini, malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya itu meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan patah kedua belah kaki selain kecederaan dalaman serius.
Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohamad Rusli Mat, nahas berlaku sekitar jam 7.30 malam dalam keadaan hujan dan jalan licin.
"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa muatan kereta dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.
"Setibanya di lokasi kejadian, pemandu treler itu menekan brek secara perlahan-perlahan, namun bahagian 'ekor' treler meluncur dan menghentam 'kepala' treler itu sehingga menyebabkannya terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Pada masa sama, kereta yang dinaiki mangsa bersama ibu dan kakaknya berusia enam tahun dari arah bertentangan dirempuh dan diseret oleh treler berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohamad Rusli, ibu mangsa yang berusia 33 tahun serta kakak mangsa turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.
"Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu treler yang gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut
#ibu serta kakak cedera
#nahas dengan treler
#Jalan Kota Bharu - Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan