awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 5 tahun maut didera ibu, teman lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
26/08/2023
09:18 MYT
Budak 5 tahun maut didera ibu, teman lelaki
Mangsa telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) kira-kira jam 12.50 tengah malam Selasa lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri. -Gambar hiasan
SERDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di kediaman mereka di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) kira-kira jam 12.50 tengah malam Selasa lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menurutnya, bantuan pernafasan telah diberikan pegawai perubatan namun tiada respons positif sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki didera pada tubuh badan mangsa.
"Soal siasat terhadap ibu mangsa berusia 44 tahun mendapati satu laporan polis palsu telah dibuat oleh teman lelaki ibunya berusia 29 tahun yang mendakwa telah melanggar mangsa dengan lori," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan mendapati tiada kejadian itu berlaku sebaliknya lori terbabit merupakan kenderaan curi di Kajang.
Katanya, kedua-dua suspek (ibu dan teman lelaki) kemudian telah mengaku mendera mangsa sebelum tangkapan dibuat pada hari kejadian.
"Ibu mangsa telah bersama dengan teman lelakinya itu sejak suaminya meninggal dunia pada September tahun lalu.
"Kedua-dua suspek yang positif dadah itu kini direman tujuh hari sehingga 29 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#A A Anbalagan
#Taman Puncak Jalil
#didera ibu kandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan