LANGKAWI: Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis terima satu panggilan telefon daripada orang awam berlaku satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.
Menurutnya, pemandu tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang merupakan adik lelakinya yang berumur tiga tahun.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.
"Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air. Selepas keluar bilik air mendapati kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah.
"Kes masih disiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian tular video kemalangan kereta melibatkan pemandu kanak-kanak enam tahun di Langkawi.
Jelas Shariman, kenderaan yang dibawa oleh kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.
"Penumpang berusia tiga tahun yang merupakan adik kepada pemandu tersebut pula tidak mengalami kecederaan.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.
Dalam video yang tular itu, kanak-kanak tersebut menjelaskan memandu kereta untuk ke kedai kepada orang ramai yang berhenti untuk membantu selepas kereta jenis Toyota itu terbabas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 10 2023
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu kereta tersebut mengalami kecederaan di dagu. - Foto Sinar Harian
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Budak 10 tahun pandu kereta 320km, merajuk gajet dirampas
Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.
Kanak-kanak pandu kereta belajar dari YouTube
Siasatan turut mendapati tiada simulator digunakan untuk berlatih memandu di rumah kanak-kanak itu.
'Budak pandu kereta itu bukan anak saya'- Bapa
Seorang pengguna TikTok tampil menafikan kanak-kanak berumur enam tahun yang terlibat kemalangan di Langkawi pada Selasa lalu adalah anaknya.
Budak enam tahun pandu kereta sebelum terbabas di Langkawi
Polis terima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.