awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak maut terjatuh dari tingkat 14

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2023
02:10 MYT
Budak maut terjatuh dari tingkat 14
Pasukan bomba menjalankan operasi menurunkan mayat mangsa yang terjatuh dari tingkat 14 bangunan sebuah hotel di Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
"Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
"Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#terjatuh
#hotel
#Kanak-kanak
#Ordine Gilu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan