awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUDI95: Syarikat bot penumpang boleh mohon SKPS mulai esok - Fuziah

Bernama
Bernama
08/10/2025
04:30 MYT
BUDI95: Syarikat bot penumpang boleh mohon SKPS mulai esok - Fuziah
Fuziah berkata buat masa ini, mekanisme penyaluran subsidi RON95 untuk syarikat bot penumpang diberikan secara bayaran balik tunai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Permohonan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi syarikat bot penumpang dibuka mulai esok, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh.
Beliau berkata buat masa ini, mekanisme penyaluran subsidi RON95 untuk syarikat bot penumpang diberikan secara bayaran balik tunai, sebelum kaedah penyaluran subsidi dan penetapan kuota kepada sektor itu dimuktamadkan akhir bulan ini.
"Pendaftaran SKPS telah dibuka dari 15 Sept hingga 7 Okt lepas dengan 11,297 syarikat membabitkan 22,918 kenderaan telah berdaftar manakala pendaftaran bagi syarikat bot penumpang pula akan dibuat mulai esok, 9 Okt," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung sistem yang diguna pakai di stesen minyak seluruh negara dan langkah bagi melengkapkan perkhidmatan di stesen minyak selaras pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95.
Berkenaan dengan pembangunan sistem kawalan petrol bersubsidi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah berkata sistem itu bertujuan untuk menerima permohonaan syarikat kenderaan perdagangan awam dan darat serta bot penumpang, mengesahkan kelayakan dan meluluskan permohonan serta kuota.
Topic Berkaitan
#BUDI95
#kpdn
#bot penumpang
#cara mohon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan