Skip to main content

Berita

RON95: KPDN laksana audit mengejut, lesen pengusaha boleh digantung

PUTRAJAYA, 12 Mac -- Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam bercakap kepada Bernama ketika ditemubual di pejabatnya baru-baru ini.  KPDN memperketat penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak diseleweng oleh mana-mana pihak.  Harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi s
Azman (foto) menegaskan tindakan itu termasuk terhadap pengusaha yang membenarkan pembelian berulang bagi tujuan penyelewengan. -Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA: Tindakan tegas termasuk penggantungan atau pembatalan lesen akan diambil terhadap mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati bersekongkol dengan sindiket penyelewengan subsidi petrol. 

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam menegaskan tindakan itu termasuk terhadap pengusaha yang membenarkan pembelian berulang bagi tujuan penyelewengan. 

Advertisement

Beliau berkata, pihaknya turut menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan naziran menyeluruh melibatkan aspek kuantiti dan rekod jualan, termasuk padanan data dengan sistem sedia ada di stesen minyak. 

"Kita juga akan meneliti bukti lain seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta sebarang petunjuk yang boleh membantu siasatan bagi mengesan aktiviti penyelewengan,” katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Azman turut menasihati orang ramai agar tidak menularkan kes penyelewengan di media sosial kerana ia boleh menjejaskan operasi penguatkuasaan. 

Katanya, tindakan menularkan sesuatu kes sebelum siasatan selesai boleh memberi amaran awal kepada sindiket untuk melarikan diri atau menghapuskan bukti. 

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi seperti WhatsApp di talian 019-848 8000 atau aplikasi Ez ADU KPDN bagi memastikan tindakan pantas dan berkesan dapat diambil tanpa menjejaskan kualiti siasatan.

 

Must Watch Video