awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bufet di hotel kini dibenarkan di Sabah - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
17/03/2021
13:14 MYT
Bufet di hotel kini dibenarkan di Sabah - Masidi
Hidangan bufet di semua hotel dan rumah penginapan di Sabah adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP). - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Hidangan bufet di semua hotel dan rumah penginapan di Sabah adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata pihak restoran boleh menerima pelanggan secara berkumpulan, mengikut kapasiti restoran.
"Setiap premis restoran harus menyediakan MySejahtera, Sabah Trace atau buku catatan untuk merekod setiap pelanggan yang masuk, dan setiap pelanggan perlu menjalani imbasan suhu badan.
"Pelanggan harus menggunakan pelitup muka semasa mengambil makanan di kaunter hidangan, dan sarung tangan plastik serta cecair pembasmi kuman disediakan untuk kegunaan pelanggan selepas menggunakan sudu penghidang secara bergilir," katanya sambil menambah bahawa pelanggan harus mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap masa.
Masidi yang merupakan jurucakap COVID-19 bagi negeri ini turut memaklumkan pengesanan satu kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Taman Ria Enam di Tawau.
"Kluster ini mencatatkan empat kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 17 kes.
"Kes indeks merupakan wanita berusia 46 tahun yang tidak bergejala, tetapi dikesan positif melalui saringan sebelum menjalani prosidur kemoterapi di salah sebuah pusat perubatan di Tawau," katanya.
Hasil penelitian, kes indeks bersama ahli keluarganya telah mengadakan makan malam yang disertai 20 orang di salah sebuah restoran pada 5 Mac lalu. Saringan kontak rapat masih giat dijalankan.
Sabah pada hari ini mencatatkan pertambahan 31 kes positif COVID-19, dengan dua kes kematian direkodkan dari daerah Kinabatangan dan Sandakan.
Susulan pengesanan kluster baru, Tawau menjadi antara daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 11 kes, disusuli Kota Kinabalu (10 kes) dan Keningau (dua kes).
Topic Berkaitan
#bufet
#dibenarkan
#Sabah
#Masidi Manjun
#MySejahtera
#SOP
#rumah penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan