awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka sempadan: Kerajaan digesa muktamad SOP perjalanan ulang alik ke Singapura

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/03/2022
11:02 MYT
Buka sempadan: Kerajaan digesa muktamad SOP perjalanan ulang alik ke Singapura
Satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura berhubung perjalanan ulang alik harian kedua-dua negara perlu mencapai kata putus. - Gambar fail
PONTIAN: Kerajaan digesa memuktamadkan segera prosedur operasi standard (SOP) perjalanan ulang alik harian ke Singapura menjelang pembukaan sempadan negara pada 1 April depan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan segera dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kelancaran perjalanan ulang alik harian menerusi laluan darat Johor dan Singapura.
"Kerajaan Johor akan terus menekan Kerajaan Pusat untuk segera memuktamadkan SOP bagi mereka yang hendak ulang alik ke Singapura dan Johor.
"Bukan setakat hanya buka sempadan, sebaliknya satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura berhubung perjalanan ulang alik harian kedua-dua negara perlu mencapai kata putus," katanya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di sekitar Pekan Benut, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Pengerusi BN Johor itu berkata, pembukaan sempadan negara bakal merancakkan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk pelancongan.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya di Parlimen mengumumkan sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.
Keputusan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.
Perdana Menteri menambah, kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#buka sempadan
#SOP
#Singapura
#Hasni Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan