GEORGE TOWN: Pengusaha perniagaan kecil di Balik Pulau, terutamanya yang terlibat dalam sektor ekopelancongan dan pertanian berharap pembukaan semula sempadan antarabangsa negara pada 1 April akan membantu memulihkan semula perniagaan mereka.
Chang Kun Min, 79, pemilik ladang dan pengeluar buah pala berkata kilangnya, Ghee Hup Nutmeg Factory yang telah beroperasi lebih 40 tahun selalunya menjadi tarikan pelancong sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.
"Kami tidak menerima kedatangan pelancong, terutamanya pelancong antarabangsa sejak dua tahun lepas. Sebelum pandemik, kami menutup perniagaan pada pukul 6 petang setiap hari tetapi kini memandangkan kami jarang menerima pengunjung, kami terpaksa menutup perniagaan dua jam lebih awal daripada biasa.
"Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa bulan depan, kami berharap keadaan akan bertambah baik. Tapi rasanya kebanyakan orang masih lagi mengambil pendekatan berhati-hati," katanya kepada Bernama.
Chang berkata nenek moyangnya berhijrah ke Pulau Pinang pada 1953 dan membuka perniagaan buah pala yang diwarisi keluarganya selama empat generasi.
Menurutnya, beliau mula terlibat dalam perniagaan buah pala semasa berusia 10 tahun dan dengan keazaman serta ketabahannya beliau dapat membuka kilang tersebut bagi membangunkan lagi perniagaan keluarganya.
Buah pala sinonim dengan masyarakat tempatan di Pulau Pinang dan Ghee Hup Nutmeg Factory menghasilkan pelbagai produk buah pala seperti jus buah pala yang dikatakan dapat memberi kelegaaan bagi sakit tekak dan batuk.
Selain itu, katanya, kulit buah boleh dikeringkan selama seminggu untuk dijadikan teh manakala minyak biji pala boleh diperoleh selepas mengukus bijinya untuk dijadikan minyak angin dan membran buah pala digunakan secara meluas dalam industri makanan sebagai rempah ratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Chang Kun Min berharap pembukaan sempadan negara 1 April ini akan memberi harapan dan nafas baharu kepada perniagaannya. - Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Paya Indah Wetlands diberi nafas baharu, mantapkan ekopelancongan di Selangor
Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa hingga 31 Julai 2037 dengan DWSB mengambil alih aspek operasi dan pengurusan PIW.
Desaru bakal jadi syurga ekopelancongan baharu, tawar pengalaman pelancongan unik
Desaru bakal menjadi pusat tarikan utama bagi pelancongan berasaskan alam semula jadi dengan perasmian pembangunan Arubay Eco Resort yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2027.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
Tiga jajahan di Kelantan berpotensi jadi tarikan ekopelancongan
Kebanyakan lokasi yang terlibat adalah di kawasan pedalaman kerana mempunyai sumber alam semula jadi yang indah.
Dahulu 'busuk dan kotor', kini Sijangkang jadi lokasi ekopelancongan
Komuniti Kg Sijangkang ini secara asasnya ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan 15 orang penduduk kampung.
Ekopelancongan: Usaha Tok Batin Kampung Beswok buahkan hasil
Permintaan untuk menyewa chalet yang diusahakan bersama penduduk kampung yang terletak sekitar 65 kilometer dari pekan Sungai Siput ini kian hari kian meningkat.
Perlis berpotensi jadi tarikan utama ekopelancongan - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis berpotensi menjadi antara tarikan ekopelancongan utama pada masa hadapan.
Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia 2023 teroka produk pelancongan Perak
Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
Jejantas Rimba FRIM: Produk ekopelancongan, promosi khazanah negara - Nik Nazmi
FRIM telah menerima sebanyak 1.145 juta pengunjung bagi tempoh 2018 hingga Mac 2023, yang meliputi pengunjung awam, lawatan secara rasmi dan pas riadah.