Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau memberi kelulusan kepada sebuah agensi kerajaan untuk membeli saham dalam DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama bagi membangunkan projek kereta nasional ketiga negara.
"Tetapi keputusan telahpun dibuat, jadi tidak ada apa-apa yang boleh saya katakan," katanya pada sidang akhbar pada Selasa selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa kerajaan menipu tentang tidak melibatkan dana awam dalam projek itu.
Menurut Wee, 53 peratus daripada saham DreamEDGE dimiliki oleh VentureTech Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki oleh sebuah syarikat kerajaan.
Mengenai perkara itu, Dr Mahathir berkata beliau berpendapat bahawa ia berkemungkinan kerana DreamEDGE mempunyai keupayaan untuk melakukannya.
Menurutnya, hasrat kerajaan memperkenalkan projek kereta nasional ketiga itu adalah untuk merangsang industri automotif negara agar Malaysia tidak ketinggalan di belakang.
Dr Mahathir berkata industri automotif Malaysia tidak berada dalam prestasi yang baik manakala dunia telahpun beralih daripada enjin berasaskan minyak biasa kepada enjin hibrid dan elektrik.
"Jadi kita perlu membuat kemajuan. Jika anda ingin mengeluarkan kereta ketiga, sekurang-kurangnya perlu ada kereta berenjin hibrid.
"Iaitu ia perlu dipacu oleh bateri tetapi enjin perlu diletakkan untuk mengecas bateri. Dan ia akan membawa kereta itu mungkin sejauh 1,000 batu. Jadi kita sedang menuju ke arah itu," katanya.
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.
"Industri kejuruteraan itu sendiri perlu mendepani perkembangan baharu dan sekarang kita menggunakan pelbagai jenis peranti automatik, kita bercakap dengan kereta dan kereta bercakap kembali dengan kita," katanya.
Ditanya mengenai kritikan terhadap keputusan kerajaan itu, Dr Mahathir berkata ia merupakan perkara biasa dalam politik.
- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 14 2019
Dr Mahathir menunjukkan gambar wajahnya pada buku 'Up Up Ahead' semasa melancarkan buku coffee table itu pada majlis sambutan 'KLIA turns 21: A precious legacy' di KLIA, 13 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Seragamkan laporan kewangan NGO urus dana awam, perlu kajian perundangan - SSM
Timbul kebimbangan umum tentang ketidakpatuhan sesetengah badan amal dalam pengurusan kewangan yang tidak telus.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.
Kerajaan perlu tampung kekurangan RM17 bilion lunaskan faedah hutang 1MDB - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan telah membuat bayaran faedah dan pinjaman 1MDB sebanyak RM13.31 bilion melalui Dana Akaun Amanah kementerian tersebut.
Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan
Ia susulan dakwaan penyalahgunaan 20 juta reais (kira-kira RM14.5 juta) dana awam untuk memerangi koronavirus.
Bekas PM Perancis, isteri dihukum penjara atas kesalahan salah guna dana awam
Fillon dituduh membayar isteri, anak-anaknya serta pembantunya ratusan ribu euro daripada dana awam untuk tugasan yang tidak memadai dan tidak wujud.
'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.
Kerugian MAPS tak libat dana awam
Meskipun kerajaan negeri memiliki 26 peratus pegangan saham melalui PKNP, modal yang digunakan bagi membangunkan MAPS dibuat menerusi wang syarikat dan pembiayaan bank.
Jerman bebas bekas pemimpin Catalonia dengan jaminan
Mahkamah mengenakan jaminan sebanyak 75,000 euro (US$91,917) ke atas Puigdemont namun berkata permintaan untuk ekstradisi tidak dibenar bagi dakwaan beliau melakukan pemberontakan.
Penyelewengan dana KKLW: Shafie Apdal mungkin dipanggil SPRM
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkemungkinan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah.