awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2014
14:37 MYT
Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock
Bukit Aman telah membentuk satu pasukan siasatan khas dalam menyiasat semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock
Polis akan membuka semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal.
Dalam satu laporan oleh The Star, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata Bukit Aman akan menyiasat semula kes tersebut.
Penemuan awal memutuskan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.
"Jika ada keperluan maka kita akan memanggil lebih ramai saksi.
"Kami mahu menyiasat kebarangkalian bahawa kematiannya adalah akibat daripada.., atau telah dilakukan oleh seseorang yang tidak dikenali" kata beliau seperti yang dipetik dalam laporan itu.
Beliau menambah, Bukit Aman telah membentuk satu pasukan siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.
"Kami akan menjalankan siasatan mendalam dan melihat sama ada kita perlu meletakkan semula kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Buat masa ini ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian"
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada polis untuk menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh dan Peguam Negara untuk memutuskan siapa yang perlu didakwa.
"SPRM hari ini berjanji untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan memastikan keadilan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan koroner dalam inkues kematian Beng Hock.
Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai and Datuk Hamid Sultan Abu Backer membacakan penghakiman secara berasingan.
Panel tiga hakim ini diketuai oleh Mohamad Arif.
Dalam penghakimannya, Mah memutuskan bahawa ujian yang digunakan oleh majistret di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah salah dalam menafikan dakwaan keluarga Beng Hock bahawa punca kematian itu melampaui keraguan yang munasabah.
Beng Hock, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM yang ketika itu berpejabat di tingkat 14 bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Jun 2009.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh
#Teoh Beng Hock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan