KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur empat premis hiburan milik warga asing yang disyaki menyajikan tarian berahi bagi menarik perhatian pelanggan pada Ahad.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi itu dijalankan pada jam 2.50 pagi susulan maklumat dan aduan yang diterima.
"Siasatan mendapati premis berkenaan yang dipercayai beroperasi antara empat bulan hingga setahun lalu itu menyajikan tarian gelek oleh penari wanita warga asing untuk pelanggan yang kebanyakannya adalah lelaki warga Bangladesh dan Pakistan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Fadil berkata, faktor utama operasi ini adalah mengenal pasti sekiranya terdapat mangsa pemerdagangan orang dengan berpandukan kepada 'National Guideline on Human Trafficking Indicators' (NGHTI).
"Dalam serbuan itu, kita menjalankan pemeriksaan terhadap 71 lelaki warga asing dan lapan lelaki tempatan yang juga pelanggan. "Turut diperiksa 34 wanita disyaki penari merangkap pelayan pelanggan (GRO) untuk empat pusat hiburan terbabit," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, seramai 37 individu ditahan kerana didapati melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta dan Peraturan Imigresen.
"Berdasarkan maklumat sumber, premis yang dipercayai menjalankan aktiviti hiburan bermula jam 7 malam hingga jam 7 pagi itu turut disyaki mempunyai konsep hiburan tabur duit kepada penari wanita di atas pentas.
"Sekiranya diberikan bayaran yang lebih tinggi, wanita asing ini sanggup menanggalkan pakaian mereka dan melayani pelanggan itu," katanya.
Beliau berkata, dua pengurus pusat hiburan warga Bangladesh dan seorang pekerja dari negara sama ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama serta Seksyen 12(1)(F) Akta Pasport.
"Selain itu 33 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan yang merupakan pelanggan premis hiburan berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 15 2023
Sebahagian daripada 34 wanita disyaki penari merangkap GRO turut diperiksa dalam serbuan di empat pusat hiburan terbabit. - Foto Sinar Harian
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan
Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.
Bukit Aman gempur 4 premis hiburan saji tarian berahi
JSJ Bukit Aman gempur premis hiburan milik warga asing yang disyaki menyajikan tarian berahi bagi menarik perhatian pelanggan.
PDRM buka 13 kertas siasatan melibatkan jenayah harta benda di Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 13 kertas siasatan berkaitan jenayah harta benda melibatkan banjir di Kontinjen Selangor bagi tempoh 17 Dis hingga semalam.
Kejadian samun, tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak - Polis
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes samun memandangkan mangsa iaitu Fuad Naji kehilangan pasport dan sejumlah wang.
Polis nafi video tular 'penyokong Indonesia dipukul' berlaku di Stadium Bukit Jalil
Huzir Mohamed berkata penularan video berkenaan dimuat naik bertujuan menjatuhkan reputasi Malaysia.
PDRM umum tujuh pertukaran pegawai kanan
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Rabu berkata semua pertukaran itu berkuat kuasa 21 Oktober depan.
Video seks: Tiga lagi individu ditahan
Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes video intim membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah dengan seorang ahli politik.
Video intim: Haziq, lima lagi direman bantu siasatan
Haziq Abdullah Abdul Aziz didakwa ditahan dalam satu operasi di sekitar Lembah Klang sekitar jam 6 petang dan 10 malam Ahad.
Polis berjaya selamatkan mangsa culik dalam tempoh kurang 24 jam
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam yang menjadi mangsa diculik rakan-rakan senegaranya.