Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular yang mendakwa warga Indonesia dipukul penyokong bola sepak Malaysia tidak berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata penularan video berkenaan dimuat naik bertujuan menjatuhkan reputasi Malaysia.
“Penyebaran video berkenaan dipercayai dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi Malaysia serta menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.
“Penyebaran video itu juga dilihat mempunyai agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat negara ini yang berada di Indonesia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan mangsa didakwa 'warga Indonesia' kononnya dipukul 'penyokong Malaysia' selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.
Polis sedang meneliti video tersebut termasuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
Perkara itu turut mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan yang telah memfailkan laporan polis agar kesahihan video tersebut dapat disiasat.
Polis turut meminta individu yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Hilmi Malik
Sat Nov 23 2019

Video tular yang didakwa berlaku di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. -Twitter Twitter@permadiaktivis

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad positif COVID-19
Ahli Dewan Negara itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.

PKP 2.0: 32 individu cuba rentas negeri di kompaun
Seramai 472 individu ditahan manakala 452 di kompaun dan 15 lagi direman atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, 32 kompaun dikeluarkan melibatkan individu cuba merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

PKP 2.0: Dobi layan diri, kedai cermin mata boleh dibuka
Kerajaan bersetuju terdapat keperluan bagi kedai cermin mata dan dobi layan diri, dalam kawasan dikenakan PKP dibenarkan beroperasi.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Malaysia merekodkan kes harian paling tinggi COVID-19 apabila sejumlah 4,029 kes positif dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 4,021 merupakan kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.

5 perkara penting kenyataan media harian PKPP/PKPB - 16 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan Pemulihan / Bersyarat (PKPP/PKPB) hari ini.

21 ahli keluarga, tetamu kenduri perkahwinan, tahlil positif COVID-19
Kluster tersebut berkait kenduri perkahwinan dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

Rombak UMNO, ketengahkan pemimpin disukai ahli dan rakyat
UMNO perlu dirombak semula termasuklah Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kemudian mengetengahkan pemimpin yang diterima ahli dan rakyat.

COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

PKPB: Bukan warganegara, kanak-kanak tak dibenar solat di masjid - JAIP
Mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau yang diberi kebenaran melaksanakan solat itu, wajib menggantikannya dengan solat Zuhur.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 menjadi punca Auckland menarik diri.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji
Dia menggesa tuntutan penuhnya diselesaikan KAFA dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.

KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tunggakan gaji daripada 11 bekas pemain pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC).

Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.