Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (Sting) berjaya menumpas satu sindiket pengedaran dan penyeludupan ganja terbesar dalam dua serbuan di Selangor dan Kedah baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejayaan itu adalah setelah tertangkapnya seorang lelaki berusia 38 tahun di Subang Jaya merampas 360 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 355 kilogram di dalam kereta dan di rumah pada 12 Mac.
Susulan daripada tangkapan itu, pada 13 Mac, polis membuat serbuan di sebuah rumah yang di jadikan setor simpanan dadah di Bandar Laguna Merbok Sungai Petani, Kedah dan berjaya merampas sebanyak 884 ketul mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 843 kilogram.
Jelasnya lagi, jumlah keseluruhan rampasan dadah terbabit sebanyak 1,208 ketulan ganja yang dianggarkan bernilai RM4.2 juta.
“Ini adalah satu kejayaan jabatan siasatan jenayah narkotik dan Sting menumpaskan satu kegiatan penyeludupan dan pengedaran masuk di percayai ganja 1,200 kilogram yang terbesar dalam sejarah pengedaran dadah dalam negara ini,” kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Suspek direman sehingga 20 Mac 2016 bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambahnya lagi, kejayaan ini adalah hasil siasatan dan risikan yang terancang serta kerjasama yang erat antara masyarakat dengan pihak polis dalam menyalurkan segala bentuk maklumat mengenai aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah.
Polis juga mengharapkan masyarakat akan terus memberikan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah bagi memastikan kegiatan ini dapat dihapuskan.
Setakat 11 Mac tahun ini statistik kejayaan tangkapan rampasan dadah adalah seramai 42,048 orang dengan rampasan dadah bernilai RM53.03 juta.
Astro Awani
Tue Mar 15 2016
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff(tengah) menunjukkan salah sebuah ketulan ganja daripada 248 ketulan ganja yang berjaya dirampas. - Foto Bernama
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Polis rampas dadah bernilai kira-kira RM198.85 juta sepanjang 2016
Polis Diraja Malaysia berjaya merampas dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM189.85 juta membabitkan 182,962 kes sepanjang Januari hingga Disember 2016 di seluruh negara.
Bukit Aman rampas ganja bernilai RM4.2 juta
Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman dan Pasukan Special Tactical Intelligence Narcotics Group (Sting) berjaya menumpas satu sindiket pengedaran dan penyeludupan ganja terbesar.