awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Malawati ditutup sementara akibat tanah runtuh

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2022
04:18 MYT
Bukit Malawati ditutup sementara akibat tanah runtuh
Anggota bomba dan MPKS membersihkan lokasi runtuhan tanah itu di Bukit Malawati di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Pusat pelancongan, Bukit Malawati di sini, ditutup sementara selepas berlaku runtuhan tanah di tebing laluan kawasan itu pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan menutupi laluan tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bagaimanapun tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku di kawasan runtuhan.
"Seramai 32 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.20 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, hasil pemeriksaan mendapati runtuhan tanah itu melibatkan tebing salah satu laluan di Bukit Malawati.
Ujar beliau, kawasan runtuhan itu tidak melibatkan jalan utama dan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sedang memotong pokok tumbang.
Sehingga kini, katanya, pihaknya sedang membersihkan lokasi runtuhan dan memastikan keselamatan kawasan berkenaan.
Jelas beliau, selain MPKS, operasi itu disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Pemantauan lanjut turut akan dilakukan di sekitar kawasan pelancongan tersebut," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukit Malawati
#tanah runtuh
#Norazam Khamis
#Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan