KUALA LUMPUR: Bukti penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program kapal tempur pesisir (LCS) telah dikumpulkan seawal 2010 lagi, menurut laporan audit forensik oleh Alliance IFA (M) Sdn Bhd bagi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC).
Laporan yang tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia dan dimuat naik ke laman web rasmi Parlimen malam tadi, menyatakan bukti-bukti mengesahkan bahawa vendor bagi program itu sudah ditentukan walaupun sebelum Surat Anugerah (LOA) dikeluarkan oleh kerajaan, memihak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Laporan itu juga mendapati bahawa syarat kebanyakan LOA dan Pesanan Variasi lebih menguntungkan sebuah syarikat bernama Contraves Advanced Devices Sdn Bhd, dengan kebanyakan LOA kepada syarikat itu dikeluarkan tanpa dibentangkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pemandu LCS (LCSSC) untuk kelulusan mereka.
Menurutnya keputusan utama juga diambil melalui Resolusi Pekeliling Pengarah tanpa mengadakan mesyuarat Lembaga, sekali gus tambah menjejaskan ketelusan dan peluang untuk berbincang secara terperinci dan meneliti dokumen penting tertentu sebelum resolusi diluluskan.
"Lembaga tidak mengendahkan nasihat bekas Panglima Tentera Laut yang membangkitkan bantahan pada mesyuarat Lembaga mengenai pemilihan DCNS untuk kontrak Reka Bentuk dan sokongan.
Kontrak pembekalan enam LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjadi isu hangat selepas didedahkan bahawa projek yang dijadualkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun dari 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 itu, hanya 53.29 peratus siap pada 31 Mei 2019.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Penyiasat Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan yang didedahkan pada Rabu, RM5.94 bilion telah dibayar Kementerian Pertahanan kepada BNS untuk projek berkenaan setakat ini.
LOA telah diberikan kepada BNS pada 16 Dis 2011, dengan kontrak terakhir hanya ditandatangani pada 17 Julai 2014, kira-kira dua setengah tahun selepas LOA ditandatangan pada harga kontrak RM9 bilion.
Menurut IFA, Terma Rujukan (TOR) LCSSC juga didapati berat sebelah kerana ahli jawatankuasa itu akan dipilih oleh Pengarah Urusan BHIC tanpa perundingan dengan Lembaga Pengarah, dengan MD akan menjadi Pengerusi.
"Ini memberikan MD kawalan mutlak dan mengakibatkan kekurangan kebebasan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang lain. Akibatnya ahli menjadi berlebihan dan gagal melaksanakan fungsi mereka yang dipilih untuk berada di dalam LCSSC," katanya.
Selain itu bayaran RM23.37 juta melibatkan beberapa syarikat kerana menyediakan perkhidmatan teknikal perkhidmatan penilaian yang berkaitan dengan Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), didapati ia adalah perkhidmatan palsu.
"Invois untuk perkhidmatan yang tidak wujud itu digunakan sebagai cara untuk melarikan dana, kerana syarikat-syarikat ini telah memberikan alamat palsu pada invois mereka dan pembayaran telah dialihkan ke tempat lain.
"Salah satu daripada syarikat itu adalah milik orang sama yang turut terlibat dalam Alizes Marine. Keseluruhan wang yang dikeluarkan untuk Alizes Marine disyaki diterima oleh sebuah syarikat yang berdaftar di Labuan," katanya.
Walaupun dengan pelbagai tanda amaran dibangkitkan oleh bekas pegawai serta sekutu syarikat berkenaan mengenai pelbagai penyelewengan dalam pelaksanaan program LCS, tiada langkah-langkah pembetulan diambil di pihak pengurusan mahupun Pengerusi Lembaga BHIC bagi menghentikan penyalahgunaan kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Bukti-bukti mengesahkan bahawa vendor bagi program itu sudah ditentukan walaupun sebelum Surat Anugerah (LOA) dikeluarkan oleh kerajaan, memihak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). - Foto fail/BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut
Kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Isu LCS: Mindef nafi tak libat AGC, tiada kemajuan pembinaan
Kementerian Pertahanan menegaskan AGC sentiasa dilibatkan dalam memuktamadkan perjanjian tambahan keenam (SA6) berkenaan pembinaan LCS.
Lanjut lagi, PAC dedah 5 kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029
Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan kesemua lima kapal berkenaan akan diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.
Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.