KECOH industri hiburan Hollywood mengenai pergelutan kes di antara pelakon hebat Johnny Depp dan bekas isterinya Amber Heard.
Perbicaraan bermula apabila Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).
Heard yang juga pelakon filem "Aquaman" membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.
Pun begitu, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard.
Deep sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.
Namun, selepas enam minggu perbicaraan, pelakon "Pirates of The Caribbean" akhirnya memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard pada 2 Jun lalu.
“Selepas enam tahun, mahkamah beri kehidupan saya kembali,” katanya selepas memenangi kes berkenaan.
Menariknya, sepanjang enam minggu perbicaraan di mahkamah itu, banyak babak dan sedutan klip siaran langsung tular di platform media sosial.
Ada yang terhibur dengan jawapan dan reaksi Amber, tidak kurang juga viral mengenai aksi hebat peguam Johnny iaitu Camille Vasquez mengeluarkan hujahannya.
Bagi anda yang terlepas menyaksikan perbicaraan ‘ikonik’ ini, jangan bimbang kerana ia bakal ditayangkan secara eksklusif!
Dokumentari ini bakal menggali segala bukti secara meluas dan komprehensif sepanjang prosiding undang-undang di UK, termasuk rakaman video, foto, mesej teks dan rakaman audio yang dibuat oleh pasangan itu sendiri.
Saksikan "Amber VS Johnny" pada 25 Jun ini, jam 9.55 malam di saluran Discovery Channel.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Jun 23 2022

Saksikan "Amber VS Johnny" pada 25 Jun ini, jam 9.55 malam di saluran Discovery Channel. -Gempak

Harga Siling | Impak secara langsung kepada semua pihak
Kabinet semalam memutuskan tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat jemaah menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia. Bagi perinciannya kita bersama Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Idrus Zainal Abidin.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu
Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang membangkitkan semula semangat Melayu-Islam Beraja.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Raja-Raja kali ke-259
Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Jenayah Global | Seorang wartawan ditembak mati di Mexico
Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.

Tangani Inflasi | Mekanisme tangani kenaikan harga, gagal?
Kerajaan baru baru ini telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup. Pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan. Untuk perinciannya kita bersama Pakar Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai.

Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.

Salah guna kuasa: YDP badan kebajikan direman
Seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa.

Bukti rakaman 'Amber VS Johnny' didedahkan 25 Jun ini
Saksikan "Amber VS Johnny" pada 25 Jun ini, jam 9.55 malam di saluran Discovery Channel.