awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli jalan raya: Pemandu Honda CRV ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2023
00:30 MYT
Buli jalan raya: Pemandu Honda CRV ditahan
Tangkap layar video tular yang mendakwa berlaku kejadian buli jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda CRV.
TAPAH: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang disyaki terbabit dalam kes buli jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan yang videonya tular di media sosial telah ditahan polis.
Penahanan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dibuat pada Rabu sekitar jam 8 malam selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu telah dibuat mangsa iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun jam 4.51 petang pada Selasa.
"Siasatan dilakukan mendapati, kejadian itu berlaku pada Selasa jam 1.30 petang di Kilometer 318 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah.
"Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes itu," katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Rabu.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Inspektor P Prathiparaj di talian 014-6178095 bagi membantu siasatan.
"Pengguna jalan raya diingatkan lebih berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu kenderaan supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.
Rakaman video berdurasi dua minit itu tular selepas dimuat naik di platform media sosial X.
Menerusi rakaman itu, sebuah SUV berwarna putih jenis Honda CRV didapati dipandu berbahaya dan melulu dengan secara mengejut menekan brek dan menukar lorong tanpa signal. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buli jalan raya
#media sosial
#Mohd Naim Asnawi
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan