awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung rumah tidak dibaiki punca wabak denggi di Klang

Bernama
Bernama
25/10/2018
13:51 MYT
Bumbung rumah tidak dibaiki punca wabak denggi di Klang
Bumbung blok yang tidak selenggara diburukkan lagi dengan masalah air bertakung menjadi punca utama penularan wabak denggi.
Bumbung blok yang tidak selenggara diburukkan lagi dengan masalah air bertakung menjadi punca utama penularan wabak denggi lebih 100 hari di Pangsapuri Taman Teluk Gedung, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah itu menyebabkan sebanyak 90 kes demam denggi direkodkan hanya di kawasan itu sahaja dan ia dilihat membimbangkan.
"Ketiadaan bumbung pada unit rumah di tingkat paling atas menyebabkan air bertakung dan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Rumah-rumah ini pula adalah unit kosong dan tidak diselenggara kerana ditinggalkan oleh pemiliknya," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke kawasan pangsapuri itu, hari ini.
Turut hadir pada sesi lawatan tersebut adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.
Selain wabak denggi, Dr Siti Mariah berkata penduduk di kawasan itu juga terpaksa berdepan masalah struktur bawah bangunan yang dilihat semakin mendap malah terdapat rekahan di antara bangunan dan tanah.
"Saya akan mencadangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk memanggil semua jabatan yang terlibat supaya satu keputusan dapat dibuat sama ada membaiki bumbung terlebih dahulu atau membaiki struktur bangunan kerana kedua-dua masalah ini adalah masalah besar dan harus diselesaikan segera," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#air bertakung
#demam denggi
#denggi
#Pangsapuri Taman Teluk Gedung
#Siti Mariah Mahmud
#wabak Denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan