Hujan lebat dan ribut malam tadi menyebabkan pokok tumbang dan insiden bumbung bangunan terjatuh di beberapa kawasan di ibu negara.
Bagaimanapun, penghuni sebuah pangsapuri di Wangsa Maju bersyukur kerana bumbung yang terjatuh ke kawasan parkir bangunan itu tidak meragut nyawa.
Bumbung dari tingkat paling atas bangunan itu telah menghempap kira-kira sembilan kenderaan yang diparkir di kawasan itu.
Bagaimanapun ketika kejadian tiada penghuni berada di kawasan itu.
Jurucakap bomba dari Balai Wangsa Maju berkata, pihaknya menerima panggilan kira kira jam 10 malam dan tiba 15 minit kemudian .
Ketika sampai, pihaknya mendapati runtuhan sebahagian bumbung menghempap 7 buah kereta dan 2 buah motosikal.
“Saya dengar bunyi yang sangat kuat. Apabila jenguk ke luar, rupa-rupanya bumbung jatuh,” kata penduduk, Mohd Khairi Shafie.
Kejadian menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan terbabit.
Pemeriksaan lanjut, termasuk kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang dihempap bumbung, turut dilakukan dengan teliti bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.
Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata sebuah rumah yang didiami turut dihempap pokok tumbang di Kampung Segambut Luar dekat sini akibat angin ribut tersebut.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.07 malam dan segera mengarahkan lima anggota serta sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sentul ke lokasi kejadian.
“Pokok yang tumbang terlalu besar dan membahayakan penghuni rumah sekiranya kerja pemotongan pokok dilakukan.
"Bagaimanapun, pasukan penyelamat telah membawa keluar semua penghuni rumah ke lokasi yang selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Astro Awani
Fri Jul 14 2017
Bomba mendapati runtuhan sebahagian bumbung menghempap 7 buah kereta dan 2 buah motosikal.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Kambing korban 'terbang' ke atas bumbung rumah
Kambing yang tidak diikat tali itu melompat ke atas bumbung rumah salah seorang penduduk desa secara tiba-tiba.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Ribut landa Pendang, 24 rumah terjejas
Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat kejadian ribut di Mukim Air Puteh.
Lelaki jatuh bumbung terperangkap dalam rumah jiran
Pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak dapat bangun.
Tukang rumah maut terkena renjatan elektrik
Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi.
Banjir: Rumah 'ditelan' air, mangsa di Mentakab pasrah
Walaupun kampung berkenaan dilanda banjir hampir setiap tahun, namun bencana kali ini luar biasa.
MBI peruntuk RM300,000 baik pulih bumbung Pasar Pasir Pinji
Kerja membaik pulih pasar yang sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu itu bermula pada 30 Ogos lalu.
Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan
Dalam kejadidan kira-kira jam 3 petang itu, sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan puting beliung dan banyak cermin tingkap kediamannya itu pecah.
Lima bilik darjah SK Tengku Budriah rosak akibat ribut
Buat sementara ini, 136 murid Tahun Satu sekolah itu akan menumpang di bilik Tahun Enam, manakala murid Tahun Enam akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang disediakan.
Bumbung bangunan SMK Derma berusia 71 tahun runtuh
Kejadian yang berlaku pada 12.20 tengah hari semalam, disedari pengawal keselamatan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pengetua sekolah.