awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang rumah maut terkena renjatan elektrik

Bernama
Bernama
24/02/2022
15:26 MYT
Tukang rumah maut terkena renjatan elektrik
Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi. - Foto ihsan bomba/Sinar Harian
ALOR SETAR: Seorang tukang rumah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pemasangan bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa Khairul Hadi Abu Hassan, 39, lebih kurang 11.50 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan awal pihaknya mendapati sebelum kejadian itu mangsa bersama dua rakannya sedang menukar bumbung rumah berkenaan.
"Dalam kejadian ini, mangsa dari Tanjung Bendahara ini telah terkena renjatan elektrik. Sepasukan anggota bomba dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tiba di lokasi kejadian, membawa turun mangsa dari atas bumbung serta memutuskan bekalan elektrik.
"Sementara itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, HSB di sini untuk bedah siasat selepas selesai ujian saringan COVID-19 dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang rumah
#renjatan elektrik
#bumbung
#Lorong Pauh
#Derga
#Polis Daerah Kota Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan