KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob membuat keputusan itu pada Jumaat selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.
Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir pendakwaan.
Justeru, mahkamah memerintahkan Bung Moktar selaku tertuduh pertama manakala, Zizie Izette tertuduh kedua untuk membela diri atas pertuduhan menerima suapan bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
"Selepas mendengar keterangan saksi berkaitan saksi pendakwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan saksi pendakwaan ke-25 (Norhaili Ahmad Mokhtar) serta hujahan semua pihak, walaupun terdapat percanggahan rakaman percakapan dengan keterangan lisan mereka di mahkamah terbuka, mahkamah ini mendapati ia tidak memberi kesan kepada pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.
"Walaubagaimanapun mahkamah mengambil maklum percanggahan tersebut, setelah meneliti keterangan dengan berhati-hati, mahkamah menerima keterangan lain SP24 dan SP25 yang dikemukakan di mahkamah ini," kata hakim tersebut.
Perbicaraan Bung Moktar, Zizie Izette bermula 23 September
Menurut hakim, mahkamah juga berpuas hati dan mendapati bahawa kesemua inti pati pertuduhan di bawah Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang dipertuduhkan ke atas tertuduh pertama (Bung Moktar) berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan pada tahap prima facie.
Tambahnya, dalam kes itu juga, dibuktikan wang berjumlah RM2.8 juta diperoleh melalui tertuduh kedua (Zizie Izette).
Kedua-duanya kemudian memilih untuk memberi keterangan bersumpah yang boleh disoal balas selepas hakim memberi tiga pilihan kepada mereka untuk perbicaraan nanti.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 hari untuk perbicaraan bermula pada 23 September 2022, jam 10 pagi.
Tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 26 September, 14 Oktober, 28 Oktober, 21 November, 30 November, 1 Disember, dan 7 Disember, 3 Januari 2023 dan 9 hingga 13 Januari 2023.
Sementara itu, Bung Moktar dan Zizie Izette dilihat keluar dari mahkamah pada jam 4.40 petang dan pemimpin Sabah itu dilihat hanya tersenyum kepada media, tidak mengeluarkan kenyataan atau mengadakan sidang media selepas prosiding selesai.
Prosiding kes tersebut bermula pada 2 Januari 2020 dengan pendakwaan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
Antara yang hadir ke mahkamah ialah saksi pendakwaan kedua (SP2) bekas Pengurus Besar Pelaburan Felcra, Adnan Yusof; SP5, Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Dr Habibah Suleiman serta dua ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid (SP24) dan SP25, Norhaili Ahmad Mokhtar.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Datuk Faridz Gohim Abdullah, Mohd Sophian Zakaria, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Siti Noor Hafizan Zakaria.
Sementara itu, pembelaan pula diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, M Athimulan dan Ridha Abdah Subri.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada Madhi melalui Zizie Izette.
Bung Moktar dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada Norhaili melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di lokasi, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ridauddin Daud
Fri Sep 02 2022

Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad. - Gambar fail

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Varane, yang melakukan penampilan pertama bersama Perancis pada Mac 2013, telah mewakili Les Bleus sebanyak 93 kali.

Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS
Pihak Pentagon sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Karya seni mampu jadi alat perpaduan kaum
Hasil seni yang baik boleh mengumpulkan segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati karya dihasilkan terutamanya jika ia membawa mesej bertemakan perpaduan dan kenegaraan.
![[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS [TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007791/33867762551675396552110_640x360.jpg)
[TERKINI] Sime Darby Plantation tidak lagi guna buruh paksa - AS
Jabatan keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat mengesahkan Sime Darby Plantation Berhad didapati tidak lagi menggunakan buruh paksa sekaligus membuka jalan untuk Kastam Amerika Syarikat untuk menarik semula sekatan produk syarikat itu.

Kabin kapal persiaran terbakar, penumpang dipindahkan
Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.

Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.

AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Hajiji belum ambil tindakan terhadap 4 pembantu menteri BN dalam Kabinet negeri
Hajiji memerlukan sedikit masa untuk mencari langkah terbaik dalam usaha mentadbir Negeri Di Bawah Bayu itu.

Politik Sabah: Pergolakan belum selesai - Bung Moktar
Beliau percaya sebarang kemelut akan dapat dinoktah kerana UMNO memiliki kepakaran dalam menyelesaikan krisis politik.

Politik Sabah: "Jangan risau, rezeki tak salah alamat" - Mesej Ahmad Zahid kepada pemimpin UMNO Sabah
Selain Sabah, Ahmad Zahid turut menzahirkan pendirian sama untuk terus mengukuhkan hubungan politik dengan Sarawak.

Politik Sabah: Hajiji disaran tubuh parti baharu ganti GRS
Menubuhkan satu parti politik baharu menggantikan GRS untuk memastikan kerajaan pimpinan Hajiji bertahan sehingga akhir penggal.

Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.

'Saya masih UMNO' - Shahelmey
Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang sebelum ini mengatakan beliau tidak lagi bersama dengan UMNO selepas membuat keputusan menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Politik Sabah: UMNO belum putus tindakan kepada lima ADUN - Ahmad Maslan
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) belum buat sebarang keputusan.

Kabinet Sabah: Pelantikan TKM, menteri bukan wakil UMNO - Bung Moktar
Katanya, mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing tanpa memikirkan masa depan parti secara menyeluruh.

Politik Sabah: Bung Moktar digugurkan dari kabinet
Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Kabinet Sabah: GRS, BN, PH bentuk kerajaan, rombakan demi kestabilan - Hajiji
Beliau telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Harapan ke dalam jemaah menteri Sabah.