awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bungkusan 'misteri' dipercayai punca pencemaran bau dijumpai di anak Sungai Pandan

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2024
07:55 MYT
Bungkusan 'misteri' dipercayai punca pencemaran bau dijumpai di anak Sungai Pandan
Bungkusan putih lut sinar yang ditemui oleh JAS Johor kira-kira jam 10 pagi itu mempunyai bau yang sama seperti di Kampung Melayu Pandan sebelum ini. -Facebook Ah Soon
JOHOR BAHRU: Beberapa bungkusan yang tidak dikenal pasti ditemukan di anak Sungai Pandan di kawasan berhampiran Taman Daya, di sini, pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Beberapa bungkusan misteri ditemukan di anak Sungai Pandan berhampiran Taman Daya, Johor, yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau kimia di kawasan tersebut.
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mengambil sampel bungkusan untuk dianalisis dan memasang garisan keselamatan di lokasi. Mereka juga menjalankan pemeriksaan kualiti udara dan operasi pemeriksaan di sekitar sungai serta premis kilang berdekatan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, mengingatkan bahawa tindakan membuang bahan kimia secara sengaja boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2024, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda yang berat. Pemeriksaan premis kilang akan diteruskan untuk memastikan pematuhan peraturan.

Bungkusan putih lut sinar yang ditemui oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kira-kira jam 10 pagi itu mempunyai bau yang sama seperti di Kampung Melayu Pandan sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, pihaknya telah mengambil sampel isi bungkusan tersebut dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Katanya, JAS Johor telah memasang garisan keselamatan di lokasi dan langkah mengukur kualiti udara dijalankan.
Menerusi kenyataan, Tian Soon berkata JAS Johor memandang serius insiden pencemaran bau kimia ini dan akan terus menjalankan operasi pemeriksaan di sekitar Sungai Pandan dan anak-anak sungainya untuk mencari punca pencemaran.
Siasatan dan pemantauan penguatkuasa akan terus dilakukan terhadap premis kilang berdekatan di kawasan perindustrian Tebrau Satu, bagi memastikan semua kilang mematuhi peraturan JAS dalam pengurusan sisa industri dan kimia.
Bagaimanapun, pemeriksaan setakat ini tidak menemui perkara luar biasa.
Justeru itu, usaha pemeriksaan premis kilang akan terus berjalan.
Tian Soon mengingatkan bahawa mana-mana industri atau individu yang dengan sengaja membuang bahan kimia boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2024, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun, denda tidak lebih RM10 juta, atau kedua-duanya sekali.
Semalam, JAS Johor mengesan kehadiran gas amonia yang tinggi melebihi tahap normal di kawasan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan di sini, jam 4 petang kelmarin yang menyebabkan pencemaran bau.
Namun, bacaan gas terbabit berada pada tahap normal hasil pemeriksaan kualiti udara yang dijalankan pada jam 1 pagi pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#Ling Tian Soon
#bungkusan
#sungai pandan
#pencemaran bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan