PETALING JAYA: Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.
Mary Teh May Yee, 44, dan pemandu lori S. Puvaneswaran, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama-sama membunuh Teh Joseph di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dekat sini pada 12.55 tengah malam, 22 Ogos lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Di mahkamah sama, Puvaneswaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan keterangan bertulis palsu kepada Konstabel Rashmit Kaur Harpajan Singh, menyebabkan ASP Che Ashru Nizam Che Abdul Rahman melakukan siasatan yang sepatutnya tidak perlu dilakukan sekiranya keadaan sebenar kejadian dimaklumkan tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Seri Kembangan dekat sini pada 2.57 pagi, 22 Ogos lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal tidak menawarkan jaminan kerana kes bunuh merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kesemua kes.
Pada 26 Ogos lepas, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan teman lelakinya selepas dibawa ke Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata pemeriksaan lanjut pihak hospital pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki mangsa telah didera dan dipukul selain punca kematian disebabkan kecederaan pada tisu lembut akibat pukulan objek tumpul.
Katanya, kedua-dua suspek juga telah membuat laporan polis palsu yang menyatakan telah terlanggar kanak-kanak itu dengan lori, namun hasil siasatan mendapati kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku dan mereka mengaku mendera mangsa sehingga mati, malah lori yang disebut itu juga didapati telah dicuri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Mereka didakwa bersama-sama membunuh Teh Joseph di sebuah rumah di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dekat sini pada 12.55 tengah malam, 22 Ogos lepas. - Gambar hiasan
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak
Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.
Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.
Bunuh anak: Mahkamah rayuan ganti hukuman mati pasangan kekasih dengan penjara 30 tahun
Panel tiga hakim memerintahkan R. Saravanan Kumar, 33, dan T. Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap.
Bunuh anak: Ibu dan teman lelaki didakwa
Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.
Dera: Bekas tentera bunuh anak dihukum gantung
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tentera selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya, kira-kira lima tahun lalu.
Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.
Wanita didakwa abai anak, kekasih dituduh membunuh
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.