PUTRAJAYA: Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital menarik nafas lega selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan membunuh seorang kerani wanita sebuah sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, enam tahun lepas.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim berkata tiada kekhilafan dilakukan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zurailie Muhamad, 36.
"Oleh yang demikian, rayuan pendakwa raya selaku perayu ditolak. Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dikekalkan," kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Pendakwa Raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Nov 2019 yang mengekalkan pembebasan Zurailie daripada pertuduhan membunuh selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 28 Jan 2018, melepas dan membebaskan lelaki itu tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan.
Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang juga jirannya, di rumah mangsa di di Jalan Sungai Terap, Muar, antara 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 Nov 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan kehadiran profil asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh (Zurailie) pada tubuh dan pakaian si mati dan terdapat kelompongan dalam kes pendakwaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh berhujah bahawa terdapat keterangan mencukupi yang boleh mengaitkan responden (Zurailie) dengan kematian mangsa.
"Terdapat keterangan saksi pendakwaan yang menyatakan responden berhutang dengan kawannya dan sehari selepas kejadian itu (bunuh), responden telah menyerahkan telefon bimbit si mati kepada seorang individu bagi melunaskan hutangnya selain turut menjual barang kemas si mati di sebuah kedai emas pada harga RM1,000.
"Keterangan itu menunjukkan responden memiliki telefon bimbit dan barang kemas termasuk rantai leher dan rantai tangan si mati tidak sampai 24 jam selepas kejadian berkenaan," katanya yang memaklumkan kesanggupan lelaki itu memanjat pagar balai polis dan melarikan diri semasa disoal siasat oleh polis turut menimbulkan keraguan.
Faizah berhujah tindakan responden berkali-kali memujuk suami si mati agar tidak membenarkan bedah siasat dijalankan ke atas isterinya sesuatu yang pelik kerana sebagai individu yang bekerja di bidang kesihatan, responden sepatutnya tahu pentingnya bedah siasat dilakukan.
Katanya keterangan saksi pendakwaan menunjukkan suami si mati telah pergi ke tempat kerja keesokan paginya dan semasa kejadian bunuh itu berlaku sekitar 2.30 petang, beliau masih berada di tempat kerjanya di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Faizah juga berkata terdapat DNA si mati pada kukunya menunjukkan mangsa cuba melonggarkan jerutan pada lehernya.
Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah, yang mewakili Zurailie berhujah bahawa tiada apa-apa bukti yang menunjukkan penglibatan anak guamnya dalam mencederakan dan membunuh si mati.
"Laporan DNA tidak menunjukkan adanya darah atau DNA responden pada tubuh atau pakaian si mati mahupun darah atau DNA si mati dijumpai pada diri atau pakaian responden yang dirampas oleh pihak polis," katanya.
Nahdan berkata, pegawai penyiasat juga gagal menjalankan siasatan terperinci berhubung isu berkaitan barang kemas dan telefon bimbit si mati yang kononnya dijual oleh responden.
Zurailie ketika ditemui media selepas prosiding dengan gembira berkata, "Bebas".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang juga jirannya, di rumah mangsa di di Jalan Sungai Terap, Muar, antara 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 Nov 2015. - Gambar hiasan
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
AWANI Ringkas: Dua daripada lima rakyat sanggup berhenti kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
Model tikam teman lelaki hingga mati, punca dipercayai cemburu
Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.
Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.