Tempoh tahanan reman dua remaja lelaki yang merupakan suspek kes bunuh tiga beradik di Alor Semela, Kedah, tahun lalu dilanjutkan enam hari lagi mulai hari ini.

Suspek berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan Rabu minggu lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka tahan di rumah masing-masing di sekitar Alor Semela dan Jalan Datuk Kumbar Alor Setar.

Mayat tiga beradik itu, Noor Syafikah Nadia, 14 tahun, Nur Izzati Husna, 12 tahun dan Putri Nurul Akmal, 3 tahun, dijumpai berasingan selepas dilapor hilang 29 November tahun lalu.

Mayat Nor Syafikah ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong sementara mayat Nur Izzati dan Putri Nurul ditemui di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.