awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh tiga sekeluarga, penganggur dihukum gantung sampai mati

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/08/2019
06:36 MYT
Bunuh tiga sekeluarga, penganggur dihukum gantung sampai mati
Seorang penganggur Luqman Hadi Mustapa, 31, diiringi keluar oleh dua pegawai polis selepas mendengar keputusan kes bunuh beliau di Kompleks Mahkamah Melaka Ayer Keroh hari ini. - fotoBERNAMA
Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur atas pertuduhan membunuh tiga ahli keluarga angkatnya tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin terhadap Luqman Hadi Mustapa, 31 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, tertuduh didakwa membunuh Hassan A.Wahab, 70 tahun, Mariah Baharin, 61 tahun dan Muhammad Taufeq Hassan, 22 tahun.
Manakala, bagi pertuduhan keempat dan kelima mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menetak tubuh Noor Haslinda Diyana Hassan, 26 tahun dan Nur Aqedah Aeina Hassan, 24 tahun menggunakan parang panjang dan perbuatan itu boleh menyebabkan kematian yang boleh menjadi kesalahan membunuh.
Bagi kesalahan itu, tertuduh dikenakan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Sidang Said, Bertam Malim di Melaka, antara 5.50 pagi hingga 6.15 pagi pada 25 Ogos 2016.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya pada akhir kes pembelaan berkata, semua perbuatan tertuduh tidak konsisten dengan perbuatan orang tidak siuman dan atas sebab itu, mahkamah menolak pembelaan insanity tertuduh, pihak pembelaan sekaligus telah gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Seramai 25 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan bermula 22 Oktober 2016.
Pada 25 ogos 2016 lalu, Astro AWANI melaporkan tiga beranak termasuk sepasang suami isteri warga emas maut dikelar seorang pemuda yang juga merupakan ahli keluarga mereka di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, Melaka.
Mayat Hassan dan isterinya Mariah ditemui dalam bilik tidur berasingan manakala anaknya Muhammad Taufeq pula dijumpai di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah pada jam 6.30 pagi oleh penduduk kampung.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Hassan A Wahab
#hukuman gantung
#Luqman Hadi Mustapa
#Mahkamah Tinggi Melaka
#Mariah Baharin
#maut
#mayat
#Muhammad Taufeq Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan