awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunyi kuat dari rimbunan pokok pandan rupanya ular tedung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/12/2019
09:48 MYT
Bunyi kuat dari rimbunan pokok pandan rupanya ular tedung
Ini merupakan kali kedua ular tedung selar ditemui di kawasan kampung itu kerana kedudukannya berhampiran kawasan semak. - Foto Astro AWANI
Seorang petani terkejut apabila bunyi kuat yang datang dari rimbunan pokok pandan rupanya seekor ular tedung selar.
Ketika itu petani itu sedang mengemas di hadapan rumahnya di Kampung Simpang Empat, Jalan Keroh, Baling, petang Ahad.
Phat Sanai a/l Boon, 29, berkata, sebaik menyedari ular itu menyorok dalam rimbunan daun pandan berkenaan dia terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kerana bimbang reptilia itu bertindak agresif.
Katanya, ini kali kedua ular tedung selar ditemui di kawasan kampung itu kerana kedudukannya berhampiran kawasan semak.
Sementara itu, Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Imran Azemi memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Baling menerima kes menangkap ular dan sepasukan anggota APM Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular tedung selar sepanjang 3.5 meter itu.
Ular tedung selar itu dipercayai keluar mencari tempat perlindungan disebabkan cuaca panas yang melanda ketika ini.
Ular seberat 8 kilogram itu kemudian dibawa ke pejabat APM Baling sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menangkap ular sesuka hati kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM Baling
#Kampung Simpang Empat
#Perhilitan
#ular tedung selar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan