Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi suram Wall Street yang diasak oleh aktiviti penjualan ketara susulan kebimbangan penularan semula COVID-19 dan prospek ekonomi yang lemah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed), kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 42.69 mata kepada 1,514.56 daripada 1,557.25 yang dicatatkan semalam.
Sewaktu dibuka hari ini, indeks tersebut merosot 44.86 mata kepada 1,577.65.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 833 berbanding 37 manakala 108 lain tidak berubah, 931 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 967.66 juta unit bernilai RM342.82 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata pasaran saham AS sekali lagi terjejas apabila Dow Jones susut -6.9 peratus yang merupakan kerugian harian terbesarnya sejak Mac 2020 ketika pelabur bertindak mengelak risiko dalam menghadapi prospek pemulihan ekonomi di masa depan.
Aktiviti penjualan saham yang ketara semalaman di Wall Street berserta penyusutan mendadak harga komoditi juga dijangka terus mempengaruhi prestasi saham di Bursa Malaysia.
"Walaupun kami berpendapat bahawa aktiviti jualan itu tidak dapat dielak, kelemahan itu akan turut ditampung sedikit oleh usaha pembelian saham-saham yang terjejas," kata firma pembrokeran itu.
Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd menyifatkan Wall Street mengalami salah satu episod jualan terburuknya semalam akibat kebimbangan berlakunya gelombang kedua penularan virus maut serta dijejaskan lagi dengan kadar penganggurannya yang tinggi.
Sejajar dengan sentimen lemah itu, ia menjangkakan pasaran serantau akan mengalami fasa pembetulan teknikal.
"Di peringkat tempatan, FBM KLCI terpaksa menerima impak tersebut dan mengalami penurunan pada hari ini.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras mencatat paras sokongan pada sekitar 1,500," katanya.
Selain itu, Rakuten berkata kebimbangan mengenai gelombang kedua COVID-19 di AS juga menyaksikan penyusutan harga minyak mentah apabila Brent sekali lagi merosot di bawah US$40 setong dengan mencecah paras US$38.55 setong.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 30 sen kepada RM7.78, Tenaga susut 14 sen kepada RM11.82, Public Bank rugi 66 sen kepada RM16.58, Petronas Chemicals merosot 39 sen pada RM6.31 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.50 .
Bagi saham aktif, Lambo susut setengah sen pada dua sen, AT Systematization turun 2.5 sen pada 13.5 sen manakala Pegasus dan warannya serta Priceworth International masing-masing tidak berubah pada setengah sen, satu sen dan 1.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 355.35 mata pada 10,606.36, Indeks FBMT 100 merosot 338.97 mata kepada 10,482.20 dan FBM 70 jatuh 596.59 mata pada 12,923.71.
Indeks FBM Emas Shariah pula merosot 353.49 mata kepada 12,020.51 dan FBM ACE turun 363.13 mata kepada 5,473.38.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 7.0 mata kepada 131.11, Indeks Perladangan berkurangan 42.24 mata kepada 6,770.30 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 496.54 mata kepada 13,150.80.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020
Jumlah dagangan sebanyak 967.66 juta unit bernilai RM342.82 juta. Gambar fail
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.