KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat walaupun dagangan rendah seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,453.92 daripada 1,453.29 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,455.78 sebelum bergerak antara 1,451.08 dan 1,456.05 sepanjang sesi dagangan.
Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 528 berbanding 392, manakala 473 kaunter tidak berubah, 1,009 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.50 bilion unit bernilai RM2.35 bilion daripada 3.71 bilion unit bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan pembelian kukuh terhadap Genting Bhd dan Genting Malaysia Bhd berikutan pendapatan suku tahunan mereka cemerlang.
Beliau berkata indeks serantau utama menunjukkan aliran rendah mencerminkan petunjuk ekonomi yang tidak memberangsangkan dari Jepun ditambah dengan beberapa aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan semalam.
"Di peringkat tempatan, keadaan pasaran masih bersikap berhati-hati ekoran ketidaktentuan pasaran global yang semakin meningkat," katanya kepada Bernama.
Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.09, Public Bank dan TNB masing-masing turun dua sen kepada RM4.25 dan RM10, CIMB naik satu sen kepada RM5.75 dan Petronas Chemicals melonjak 14 sen kepada RM7.30.
Bagi saham aktif, Top Glove menambah 1.5 sen kepada 90 sen, Leform meningkat satu sen kepada 29.5 sen, Hong Seng tidak berubah pada 2.5 sen, CSH naik 0.5 sen kepada enam sen manakala Widad merosot setengah sen kepada to 46.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 4.46 mata kepada 10,768.73, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.29 mata kepada 10,430.89, Indeks FBM Emas Shariah susut 20.64 mata kepada 10,944.01.
Indeks FBM 70 menguncup 38.38 mata kepada 14,331.74, dan Indeks FBM ACE naik 3.27 mata kepada 5,205.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.08 mata kepada 16,384.32, Indeks Tenaga menguncup 10.82 mata kepada 834.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.77 mata kepada 174.11 dan Indeks Perladangan turun 16.12 mata kepada 6,931.35.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.09 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 710.88 juta unit bernilai RM87.76 juta daripada 573.50 juta unit bernilai RM75.05 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 677.28 juta saham bernilai RM223.46 juta berbanding 637.42 juta saham bernilai RM210.79 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 358.17 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (502.14 juta); pembinaan (71.52 juta); teknologi (204.08 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (44.46 juta); hartanah (199.52 juta); perladangan (39.13 juta); REIT (10.29 juta); dana tertutup (21,600); tenaga (141.98 juta); penjagaan kesihatan (318.45 juta); telekomunikasi dan media (36.02 juta); pengangkutan dan logistik (31.66 juta); serta utiliti (136.58 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,453.92 daripada 1,453.29 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama
Mahu jadi antara 200 universiti terbaik dunia dalam 10 tahun
Universiti swasta terunggul Asia Tenggara, Taylor's University terus mempamer keunggulan dalam liga Quacquarelli Symonds (QS) apabila menduduki tangga ke-251 dalam QS World University Rankings 2025.
Tidak wujud istilah ‘rakan kongsi’ dalam Perlembagaan - Peguam
Pengasas Gerakan Rakyat Penyelamat Negara (RAPERA) dan pengamal undang-undang, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata tidak wujud istilah ‘rakan kongsi’ dalam undang-undang perlembagaan melibatkan hubungan antara negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Jelasnya, semua negeri ada setara sebagai negeri dibawah sebuah persekutuan, kecuali beberapa aspek tambahan bagi Sabah dan Sarawak. #DialogTigaPenjuru
Majoriti mangsa kebakaran di Kuwait dari Kerala, India
Kebakaran di kawasan Mangaf itu telah meragut sekurang-kurangnya 49 nyawa dan lebih 40 orang daripada mereka adalah dari India.
Mahkamah EU arah Hungary bayar denda EUR200 juta kerana dasar suaka
Hungary dikatakan tidak mengambil langkah yang perlu untuk mematuhi penghakiman 2020 berkenaan akses kepada prosedur perlindungan antarabangsa.
AS sah pulangkan RM721.4 juta aset dirampas berkaitan 1MDB
Amerika Syarikat mengesahkan untuk memulangkan kira-kira RM721.4 juta (AS$156 juta) susulan beberapa aset yang dirampas berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan bukan ‘abang besar’, perlu santuni negeri-negeri dengan saksama - Pakar Undang-undang
Prof. Madya Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan pakar perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata Kerajaan Persekutuan tidak boleh menganggap dirinya sebagai ‘abang besar’ dalam hubungannya dengan Kerajaan Negeri-negeri. Jelasnya, negeri-negeri sebagai pemegang taruh perlu dilayani sewajarnya sebagai imbalan kepada sumbangan hasil serta kuasa-kuasa yang telah diserahkan kepada Persekutuan. #DialogTigaPenjuru
Tuntutan 30 peratus hasil Johor perlu bincang dengan semua negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata pemulangan 30 peratus hasil negeri yang dituntut oleh Johor perlu dibincangkan oleh semua negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Jelasnya, ia tidak boleh ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Johor semata-mata. #DialogTigaPenjuru
Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan perintah agar permohonan bagi mendapatkan jaminan mereka dibenarkan.
AWANI Tonight: 13 June 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Footballer Faisal Halim came close to quitting, pledges to play again
2. Zayn Rayyan’s parents plead not guilty to child neglect
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Footballer Faisal Halim came close to quitting, pledges to play again
2. Zayn Rayyan’s parents plead not guilty to child neglect
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: All pilgrims arrive in Makkah for Hajj
More than 1.5 million Muslim pilgrims have been streaming into Makkah ahead of the start of the Hajj later this week, as the annual pilgrimage returns to its monumental scale.
Bursa Malaysia meningkat semula susulan keputusan Fed, inflasi AS reda jana minat belian
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.81 mata kepada 1,612.76 daripada 1,608.95 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.54 mata kepada 1,608.95 daripada paras penutup 1,611,49 pada Selasa.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal walaupun Wall Street bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.76 mata kepada 1,617.25 daripada 1,611.49 yang diraih pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FBM KLCI turun sebanyak 2.88 mata kepada 1,611.49 daripada 1,614.37 ketika ditutup Isnin.
Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.
FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah
Indeks barometer Bursa Malaysia ditutup rendah memandangkan pelabur mengalihkan tumpuan terhadap saham berharga rendah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi merosot dalam beberapa minit
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,617.43 daripada 1,617.86 pada Jumaat lepas.
Sektor kewangan digesa bantu perniagaan jadi lebih peka kepada alam sekitar, berdaya tahan
Kamarudin berkata sektor kewangan, khususnya pasaran modal, akan terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan untuk menyokong keutamaan dan komitmen negara.
Bursa Malaysia ditutup kukuh
Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Jumaat berikutan sentimen pelabur yang positif dan minat belian terhadap saham berkaitan komoditi, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan jangkaan positif data eksport China
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.96 mata kepada 1,619.69 daripada 1,614.73 semasa ditutup semalam.