KUALA LUMPUR: Kenaikan ketara kaunter Press Metal dan Telekom Malaysia membantu indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengurangkan sebahagian daripada penurunan awalnya di tengah-tengah tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 2.88 mata kepada 1,611.49 daripada 1,614.37 ketika ditutup Isnin.
FBM KLCI, yang dibuka 2.63 mata lebih tinggi kepada 1,617.00, mengalami turun naik di antara 1,609.26 dan 1,617.37 sepanjang hari.
Pasaran secara meluas terus bertambah baik, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 797 berbanding 496, manakala 455 kaunter kekal tidak berubah, 652 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan turut meningkat kepada 6.98 bilion unit bernilai RM5.12 bilion berbanding 5.96 bilion unit bernilai RM3.30 bilion pada Isnin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur sedang menumpukan kepada kaunter permodalan kecil dan beralih daripada saham-saham mewah menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada Rabu.
Pandangan konsensus berpendapat Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah yang stabil berikutan data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat lalu, dengan tumpuan pada unjuran terbaharu untuk ekonomi dan inflasi.
"Walaupun FBM KLCI ditutup rendah hari ini, saham-saham bermodal kecil kekal kukuh, dengan pembelian ketara dalam sektor pembinaan dan teknologi.
"Kami menyaksikan Indeks Permodalan Kecil FTSE Bursa Malaysia meningkat ke paras 20,000 mata, paras yang tidak pernah dicapai sejak 1997," katanya kepada Bernama.
Thong berkata pelaburan langsung asing yang masuk ke dalam pusat data terus menjana minat belian dalam teknologi dan saham-saham berkaitan dengannya.
"Kami menjangkakan indeks penanda aras akan mengukuh dalam jangka pendek untuk menyerap trend menaik baru-baru ini dan menetapkan peringkat untuk peningkatan selanjutnya.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,610-1,630 untuk baki minggu ini, dengan paras rintangan pada 1,620 dan paras sokongan pada 1,600," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals susut 12 sen kepada RM6.59, Sime Darby turun 10 sen kepada RM2.65, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.08, manakala Nestle jatuh RM2.30 kepada RM124.00.
Sebaliknya, Press Metal naik 16 sen kepada RM5.91 dan TM melonjak 30 sen kepada RM6.59.
Bagi saham aktif, Harvest Miracle meningkat satu sen kepada 10.5 sen, JCY International naik 13 sen kepada 79.5 sen, SNS Network melonjak 10.5 sen kepada 75.5 sen, YNH Property meningkat 12.5 sen kepada 79.5 sen dan Ekovest naik dua sen kepada 48.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.28 mata kepada 12,373.29, Indeks FBMT 100 naik 10.23 mata kepada 11,939.21, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 53.31 mata kepada 12,715.62, Indeks FBM 70 melonjak 142.84 mata kepada 17,978.41, dan Indeks FBM ACE bertambah 79.84 mata kepada 5,748.93.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 54.77 mata kepada 17,591.38 dan Indeks Perladangan turun 51.52 mata kepada 7,050.76, manakala Indeks Tenaga menokok 7.63 mata kepada 990.74 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.72 mata kepada 199.74.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.10 bilion unit bernilai RM4.38 bilion daripada 3.96 bilion unit bernilai RM2.82 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 991.98 juta unit bernilai RM116.75 juta daripada 399.07 juta unit bernilai RM46.45 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.88 bilion saham bernilai RM613.17 juta daripada 1.60 bilion saham bernilai RM430.22 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 608.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (642.22 juta), pembinaan (555.65 juta), teknologi (581.69 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (117.11 juta), hartanah (911.78 juta), perladangan (29.79 juta), REIT (27.79 juta), dana tertutup (32,000), tenaga (180.85 juta), penjagaan kesihatan (75.39 juta), telekomunikasi dan media (68.87 juta), pengangkutan dan logistik (147.53 juta), utiliti (156.06 juta) dan amanah perniagaan (493,300).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.10 bilion unit bernilai RM4.38 bilion daripada 3.96 bilion unit bernilai RM2.82 bilion pada Isnin. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.