KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia memulakan hari ini dengan sedikit kukuh selepas jualan besar-besaran semalam yang menarik aktiviti belian saham pada harga rendah.
Minat pelabur ditingkatkan oleh pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion semalam.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.66 mata kepada 1,613.18 dengan kenaikan dilihat hampir secara menyeluruh.
Indeks dibuka tinggi 1.54 mata kepada 1,611.06 daripada 1,609.52 semasa ditutup semalam.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 247 berbanding 182, manakala 287 kaunter tidak berubah, 1,380 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 436.26 juta unit bernilai RM162.14 juta.
Dalam nota hari ini, Public Bank Investment Research berkata bursa tempatan turut ditingkatkan oleh hakikat bahawa pasaran ekuiti Eropah tinggi pada Isnin, berikutan data ekonomi China yang kukuh bersaing dengan kebimbangan mengenai kemelesetan berganda di United Kingdom dan zon Eropah.
"Pasaran China ditingkatkan oleh berita bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu berkembang 6.5 peratus pada suku keempat 2020 -- kadar yang lebih cepat daripada sebelum pandemik, dan melebihi jangkaan," menurut firma penyelidikan itu.
Sementara itu, Malacca Securities dalam nota berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pakej PERMAI bernilai RM15 bilion dijangka meningkatkan pasaran, walaupun sentimen pelabur mungkin terus berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM8.18, Public Bank menambah 12 sen kepada RM21.10, manakala PetChem tidak berubah pada RM7.28.
Tenaga merosot dua sen kepada RM10.06 dan Top Glove berkurangan tiga sen kepada RM6.31.
Daripada saham cergas, Vsolar tidak berubah kepada empat sen, manakala ARB, KTG dan Kanger, masing-masing meningkat satu sen kepada 28.5 sen, 28 sen dan 15.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.52 mata kepada 11,654.48, Indeks FBMT 100 meningkat 23.25 mata kepada 11,379.06, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 15.05 mata kepada 13,186.85.
FBM 70 meningkat 20.4 mata kepada 14,888.46 dan FBM ACE naik 55.52 mata kepada 10,943.89.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 79.39 mata kepada 14,881.62, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.31 mata kepada 178.55 dan Indeks Perladangan meningkat 51.27 mata kepada 7,350.58.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Bursa tempatan turut ditingkatkan oleh hakikat bahawa pasaran ekuiti Eropah tinggi pada Isnin, berikutan data ekonomi China yang kukuh. - Gambar fail

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.

Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar
Kerajaan tidak harus berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta menjual vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.

AWANI Ringkas: Dadah: Lebih lima VVIP dalangi sindiket | Sindiket: PDRM digesa siasat penguat kuasa

Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan
Video pendek Dananeer Mobeen menjadi sohor dan digunakan oleh pengguna media sosial, termasuk golongan selebriti dan ahli politik.

Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis
Akta dan undang-undang yang ada di Malaysia ketika ini sudah cukup kuat namun persepsi salah terhadap rasuah menyukarkan keadaan.

Vaksin COVID-19: Dakwaan ada amalan 'potong barisan', kerajaan negeri Kelantan buat laporan polis
Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi.

Saluran WiFi Sementara SMA di Sarawak kini siap 50 peratus
Saluran Wifi Sementara (WS) menerusi inisiatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang bermula awal Februari lalu telah siap 50 peratus.

Tok Pa jawab 10 soalan berkaitan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah dokumen komprehensif yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Aktivis ditahan atas dakwaan membakar potret Raja Thailand
Chaiamorn didakwa di bawah undang-undang lese majeste yang membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara.

Fu Ah Kiow letak jawatan sebagai Pengerusi, Pengarah Star Media
Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Star Media Group Bhd, Datuk Fu Ah Kiow meletakkan jawatan sebagai pengarah dan pengerusi lembaga pengarah syarikat itu berkuat kuat hari ini.

Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik
Ringgit dijangka berdepan tekanan menyusut berbanding dolar Amerika minggu ini sekiranya hasil perbendaharaan Amerika terus mencatat peningkatan.

Azlan Mohd Zainol letak jawatan Pengerusi RHB berkuat kuasa 28 Feb
Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletak jawatan sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif RHB Bank Bhd berkuat kuasa 28 Feb.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Bursa dibuka mendatar, prestasi semalaman Wall Street menyusut
Bursa Malaysia dibuka mendatar pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada kelemahan semalaman prestasi di Wall Street.

Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih TM melonjak kepada RM1.02 bilion bagi tahun kewangan 2020
Bagaimanapun, pendapatan TM merosot kepada RM10.84 bilion daripada RM11.43 bilion sebelumnya.

Takaful antara saham paling untung pada urus niaga pagi ini
Pada pukul 10.36 pagi, saham Takaful meningkat 27 sen kepada RM4.63 daripada RM4.36 ketika ditutup pada petang Selasa dengan sejumlah 686,900 saham diniagakan.

Keputusan kewangan korporat yang lebih baik dorong Bursa dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.